ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ketua Menteri Pulau Pinang naik kereta Mercedes-Benz S560e baharu

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, Kerajaan Pulau Pinang telah membeli sebuah kereta baharu model Mercedes-Benz S560e sebagai kereta rasmi Ketua Menteri, Chow Kon Yeow bagi menggantikan kereta Mercedes-Benz S300L yang dibeli pada tahun 2013.

Kon Yeow dilihat menggunakan kereta baharu itu ketika hadir Upacara Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Dewan Bandaraya di Georgetown, pagi semalam. Kon Yeow berkata, beliau baharu sahaja menerima kereta tersebut pada hari Rabu.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Katanya, beliau tidak tahu perincian pembelian ini dan Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini nanti. Sementara itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, pembelian kereta itu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang pada 29 November tahun lalu.

Menurut kenyatan itu, pembelian Mercedes-Benz S560e bagi menggantikan kereta rasmi sedia ada, Mercedes-Benz yang dibeli dengan harga RM298,263.75 pada 2013. Kereta model berwarna kelabu selenite yang dikeluarkan pada 2019 itu dibeli dengan harga RM458,122.78 iaitu dengan diskaun sebanyak RM127,765.22. MMK telah bersetuju dengan pembelian kereta baru itu pada 29 November 2019.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Harga kereta baharu tersebut hampir dua kali ganda dari harga kereta rasmi sebelumnya yang digunakan oleh Kon Yeow iaitu Mercedes-Benz S300L yang dibeli dengan harga RM298,263. Pada Ogos 2019, Pulau Pinang mengesahkan penerimaan 15 unit baharu Toyota Camry 2.5 (CBU) untuk kegunaan rasmi bagi menggantikan model CKD sebelumnya.

Setiap kereta tersebut berharga RM184,912 dan kerajaan negeri berjaya memperoleh diskaun sebanyak RM4,990. Keputusan itu dibuat untuk menggantikan kereta lama dalam mengurangkan kos penyelenggaraan selain faktor keselamatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply