ARKIB

KATEGORI

Buletin

Khidmat sewa teksi ninja popular

Berita Global

Views

Sebuah syarikat teksi di Jepun menjadi perhatian ramai kerana menawarkan perkhidmatan pemandu ninja atau pengawal peribadi dengan bayaran tambahan sebanyak 5,000 yen (RM140), lapor laman berita South China Morning Post.

Menurut syarikat Sanwa Koutsu, tawaran itu dibuka kepada orang ramai yang mahukan pemandu berperanan sebagai pengawal peribadi untuk mengiringi mereka dengan muka tegas dan tanpa ekspresi.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Pemandu akan berpakaian sut dan cermin mata hitam seperti yang sering kita lihat dalam filem Hollywood.

“Mereka juga akan berpura-pura berkomunikasi dengan ‘ibu pejabat’ keselamatan menggunakan walkie-talkie untuk melaporkan laluan sepanjang perjalanan,” kata syarikat itu.

Selain itu, penumpang juga boleh menikmati perkhidmatan pemandu yang berpakaian seperti ninja sambil membawa pisau lempar ‘shuriken’ palsu.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Jurucakap Sanwa Koutsu berkata, perkhidmatan itu disediakan secara berulang-alik ke lapangan terbang.

“Kami percaya bahawa pelancong yang datang ke Jepun akan teruja melihat ‘ninja’ menunggu mereka di lapangan terbang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Yokohama Visitors Guide dan The Japan Times

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply