ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA acah lakaran Sportage 2022 versi Eropah, lebih kecil berbanding versi global

Berita Global

Views

KIA telah mengumumkan perancangan mereka untuk memperkenalkan model Sportage 2022 versi Eropah pada 1 September ini.

Difahamkan, ini kali pertama pelanggan di Eropah akan menerima versi yang dibina khusus untuk menepati citarasa mereka. Ini termasuklah karekteristik pemanduan dan pengendalian yang optimum untuk jalan raya di Eropah.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Apa yang pasti, Sportage 2022 versi Eropah ini akam mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding versi global. Meskipun tidak mendedahkan ukuran sebenar, berkemungkinan ia hampir sama dengan saiz model generasi keempat.

Serentak dengan pengumuman ini, KIA turut menayangkan beberapa lakaran Sportage 2022 versi Eropah yang menampilkan falsafah rekaan “Opposites United” dengan wajah yang hampir seiras dengan versi global.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Walaupun mempunyai wajah seiras dengan versi global, ada beberapa perubahan dibuat. Paling ketara ia nampak lebih pendek dan tiada lagi cermin pada tiang-C. Selain itu, bumbungnya dicat dengan warna hitam dan tiang-C yang lebih menonjol.

Di bahagian belakang, hampir kesemuanya dikitar semula dari versi global. Model ini dijangka mula memasuki pasaran tahun depan dan buat masa ini pilihan enjin yang akan ditawarkan masih belum dimuktamadkan.

Namun, ada kemungkinan ia berkongsi dengan varian global yang menawarkan pilihan enjin petrol 1.6-liter turbocas dan 2.0-liter turbodiesel. KIA turut mengesahkan perancangan untuk memperkenalkan versi hibrid plug-in yang akan diperkenalkan semasa Munich Motor Show.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply