ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

KIA Picanto generasi ketiga diperkenalkan – Apa yang menarik mengenainya?

Views

Naza Kia Malaysia membuka arena automotif tahun 2018 dengan melancarkan Kia Picanto serba baharu. Memasuki generasi ketiga, KIA Picanto merupakan satu-satunya jenama bukan-nasional dalam segmen-A tempatan dan membawakan produk yang berjiwa muda dan bertenaga di pasaran. Model ini juga tampil dengan rekabentuk yang inovatif, prestasi yang lebih baik dan ruang kabin yang lebih luas serta bakal menjadi kereta yang paling serba boleh dalam kelasnya. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd., Datuk Samson Anand George berkata, sasaran jualan untuk model ini adalah sebanyak 5,000 unit dan bakal menjana 50 peratus daripada jumlah sasaran jualan tahun 2018.

Apa yang menarik mengenai KIA Picanto baharu ini?

  • Rekabentuknya diinspirasikan dari rekabentuk ikonik dengan kesan kubik moden pada profil sisi untuk mencipta garisan tepi yang lebih kukuh dan garisan badan yang lebih tegap.
  • Rekaan jeriji radiatornya kini lebih memanjang bagi menghasilkan perkadaran yang lebar supaya kelihatan lebih moden dan anggun.
  • Jarak rodanya lebih panjang, bertambah 15mm menjadi 2,400mm.
  • Dilengkapi lampu hadapan dwi-fungsi yang boleh memancarkan lampu tinggi dan rendah, dengan indikator LED dan lampu nyalaan siang LED (DRL).
  • Bumpar hadapan masih dikekalkan dari model sebelumnya dengan penambahan beberapa perincian.
  • Kabinnya kini telah diperhalusi dengan penggunaan bahan dan susn atur yang baharu supaya kelihatan lebih berkualiti.
  • Ketinggian tempat duduk pada baris pertama telah diturunkan sebanyak 10mm dan ditolak ke belakang sebanyak 5mm bagi meningkatkan ruang kepala sebanyak 3mm dan ruang kaki sebanyak 15mm.
  • Kemasan pintu juga meningkatkan ruang bahu sebanyak 10mm di tempat duduk baris pertama.
  • Sterengnya dinaikkan 10mm ke atas untuk meningkatkan ruang lutut dan kaki.
  • Tempat duduk baris keduanya boleh dilipat 60:40, sekaligus meningkatkan ruang kargo sehingga 1,010 liter.
  • Dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan seperti kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, signal satu sentuhan, kawalan lampu automatik, Sistem Bantuang Parkir Belakang (RPAS), cermin sisi lipat elektrik, dan tingkap kuasa keselamatan di bahagian pemandu.
  • Penggunaan 44 peratus atau dua kali ganda Keluli Berkekuatan Tinggi Termaju (AHSS) berbanding model sebelumnya, sekaligus mengurangkan berat sebanyak 23 kg serta meningkatkan kekuatan tegangan sebanyak 12 peratus.
  • Secara keseluruhan, kekakuan kilasan telah meningkat sebanyak 32 peratus.
  • Dilengkapi dengan enam beg udara (hadapan dan sisi untuk semua penumpang), cagak tempat duduk bayi ISOFIX. tali pinggang keledar belakang praregangan dan sistem keselamatan aktif seperti ABS dan ESC.
  • Sistem infohiburan dengan skrin sentuh besar bersaiz 7-inci dengan peta 3D,  serta serasi dengan aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto dengan fungsi pengecaman suara.
  • Dikuasakan oleh enjin 1.2 Kappa MPI yang dipadankan dengan transmisi empat-kelajuan automatik yang meningkatkan prestasi NVH, kecekapan bahan bakar dan penghantaran kuasa yang lebih cekap.

Naza Kia Malaysia turut memperkenalkan semula aksesori Kia ‘NOVUS’ untuk semua kenderaan keluarannya bermula dari Picanto. Untuk model ini, dua pakej aksesori NOVUS ditawarkan iaitu NOVUS X dan NOVUS S yang berharga RM5,618 (termasuk GST) dan RM3,498 (termasuk GST).

Aksesori ini merangkumi pakej seperti lambang NOVUS, filem penapis haba, kita badan NOVUS yang bergaya dan sporty selain tempat duduk kulit dan perakam video digital DVR. Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Pop Orange, Lime Light, Honey Bee, Clear White dan Titanium Silver. Varian Picanto baharu standard dijual pada harga RM49, 888 (tanpa insurans, termasuk GST).

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply