ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA rangkul kemenangan ‘hat-trick’ di Red Dot Award 2019

Berita Tempatan

Views

Sangat jarang sekali reka bentuk model keluaran KIA tak cantik kan? Maka disebabkan itulah, KIA sekali lagi berjaya merangkul anugerah Red Dot Award, bukan satu tetapi tiga anugerah untuk tahun 2019. Apa yang menarik, kemenangan ini dicatatkan oleh model Ceed, Ceed Sportswagon dan ProCeed. Senang cerita habis belaka anak-beranak Ceed yang ‘pulun’.

KIA juga telah memenangi tiga anugerah di iF Design Award yang berlangsung pada awal tahun ini. Sebenarnya pencapaian ini adalah berbaloi dengan pelaburan syarikat tersebut yang telah melantik pereka bentuk tersohor Peter Schreyer sebagai Presiden Reka Bentuk dan Ketua Pegawai Reka Bentuk di firma tersebut sejak lebih sedekad yang lalu.

JOM BACA >> GEV Patagonia – ‘Motorhome off-road’ mewah untuk kembara lasak

Jenama tersebut memenangi anugerah Red Award pertama mereka pada 2009 menerusi model KIA Soul. Sejak itu, KIA telah berjaya menggondol sebanyak 24 anugerah Red Dot setakat ini. Kemenangan terkini jenama tersebut adalah menerusi generasi ketiga model Ceed yang direka di Pusat Reka Bentuk Eropah KIA di Frankfurt di bawah seliaan Peter Schreyer dan Gregory Guillaume, yang merupakan Ketua Pereka Bentuk Eropah KIA.

Kejuruteraan dan pembangunannya telah dilakukan oleh Pusat Penyelidikan dan Pembangunan KIA di Rüsselsheim, dan ketiga-tiga varian model tersebut dikeluarkan di Slovakia. Rekaan KIA Ceed diinspirasikan dari model fastback Kia Stinger yang turut dinobatkan sebagai pemenang Red Dot Award pada 2018. Model hatchback lima pintunya lebih lebar dan rendah berbanding model terdahulu sekaligus memberikan kekuda lebih mantap dan bentuk yang lebih sporty.

Agak malang model ini khusus untuk pasaran Eropah, sesuai dengan akronim namanya iaitu “Community of Europe, with European Design”. Jadi kita di sini tak perlu berangan untuk menunggu ketibaan model ini ke pasaran Malaysia. Memang tak akan ada kecuali ada yang membawa masuknya secara persendirian menerusi Permit Import (AP).

JOM BACA >> Land Rover menang kes ‘klon Evoque’

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply