ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA Seltos tampil dalam iklan Tahun Baharu, adakah ia bakal dilancarkan tahun ini?

Berita Tempatan

Views

Semalam laman Facebook rasmi KIA Malaysia telah memuat naik ucapan Selamat Tahun Baharu 2020 dan apa yang menarik, kelibat KIA Seltos membuat penampilan sulungnya dalam iklan tersebut. Selain itu, tertera kapsyen ringkas “lebih banyak kejutan menanti untuk tahun 2020” dan mereka dilihat telah bersedia untuk mengharungi tahun ini.

JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter

Adakah ia bermaksud KIA Malaysia akan membawa masuk KIA Seltos ke pasaran Malaysia tahun ini? Mungkin ia ada asasnya memandangkan model tersebut baharu sahaja dilancarkan ke pasaran India tahun lalu. Tidak dipastikan sama ada model SUV kompak ini akan dibawa secara siap bina (CBU) dari India atau dipasang secara tempatan (CKD).

Rekaan luaran Seltos menggabungkan gaya muda dan garisan tajam dengan rupa sebuah SUV tradisional. Seltos ditawarkan dengan dua pilihan enjin petrol – 1.6-liter turbo (175 kuasa kuda) dan 2.0-liter N/A (147 kuasa kuda). Pilihan enjin 1.6-liter diesel turut ditawarkan yang mampu menghasilkan (134 kuasa kuda).



JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Kesemua unit penjana kuasa ini digandingkan bersama tiga pilihan transmisi, sama ada enam dan tujuh kelajuan automatik dan juga CVT. Ia dilengkapi dengan beberapa sistem keselamatan aktif dan pasif, antaranya kawalan cengkaman dan kawalan kestabilan elektronik sebagai ciri standard, selain bantuan mula mendaki, bantuan brek, serta sensor parkir depan dan belakang.

Model ini juga boleh mengadaptasikan keadaan jalan yang berbeza dengan tiga pilihan mod pemanduan, Normal, Eco dan Sport. Seltos dilengkapi sistem infohiburan dengan skrin sentuh besar bersaiz 10.25-inci yang terletak di tengah-tengah papan pemuka. Selain itu, pelanggan boleh memilih untuk menaik taraf spesifikasinya dengan menambah paparan head-up 8-inci, sistem bunyi premium dari Bose dan pelbagai lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply