ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA serah 2 tiket terakhir ke Piala Dunia FIFA di Brazil

Views

Picture 1 - KLCC - Lucky Draw

Naza Kia baru-baru ini telah menyerahkan 2 tiket terakhir untuk menyaksikan Piala Dunia FIFA di Brazil melalui kempen “World Cup Rocks with Kia”. Lee Fee Mei dari Petaling Jaya, Selangor telah dipilih sebagai pemenang menerusi cabutan bertuah oleh Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar, di lokasi terakhir edisi jelajah Test Drive Kia on Tour yang berlangsung di Suria KLCC.

Sejumlah 6,140 penyertaan telah diterima di empat lokasi jelajah Test Drive Kia dimana pengunjung yang memandu uji atau menempah model Kia layak mengambil bahagian dan berpeluang memenangi hadiah utama. Pemenang menerima 2 keping tiket bersama pakej penuh termasuk tiket penerbangan, penginapan, tiket untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia dan lawatan bandar.

Edisi pertama jelajah telah diadakan di Queensbay Mall, Penang bermula 6 hingga 9 Mac, diikuti persinggahan seterusnya di The Curve Damansara, dari 16 hingga 19 Mac sebelum ke selatan di KSL City Johor Bahru bermula dari 4 hingga 6 April. Suria KLCC menjadi persinggahan terakhir jelajah yang diadakan dari 16 hingga 21 Mei dan menjadi penutup jelajah edisi kali ini.

Pelbagai acara menarik bertemakan bolasepak berlangsung disepanjang lokasi jelajah dengan pelbagai model Kia seperti Kia Cerato 2.0 dan 1.6, Picanto, Rio, Optima K5, Sorento dan Sportage turut dipamerkan serta boleh dipandu uji. Kia Picanto muncul model paling popular dengan menerima tempahan terbanyak dan diikuti rapat oleh Cerato di belakang.

* Demam Piala Dunia Brazil akan bermula tak lama lagi, pasukan manakah pilihan anda?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply