ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA Stinger bakal ‘menyengat’ minggu depan?

Views

Boleh kata semakin kerap dan hampir setiap hari laman Facebook rasmi KIA Malaysia mengusik jiwa peminat automotif tempatan dengan siri iklan acah model terbaharunya, Stinger. Menurut risikan kami, model KIA yang paling dinanti-nantikan ini bakal dilancarkan secara rasmi pada minggu hadapan, namun tarikhnya masih belum lagi kami perolehi buat masa ini.

Antara yang info menarik yang dipaparkan dari iklan acah KIA Stinger adalah:

  • Enjin yang mampu menjana 365 kuasa kuda dan 510 daya kilas. Penjana kuasa model ini adalah enjin petrol 3.3 liter turbo-berkembar Lambda II V6 yang menjana varian Stinger GT dan ia bakal menjadi model KIA paling berkuasa di Malaysia!
  • Transmisi lapan-kelajuan automatik.
  • Pecutan 0-100 kmj hanya mengambil masa 4.9 saat!

Teruja pula kami untuk menantikan kemunculan rasmi raksasa K-Pop ini. Nantikan info terbaharu mengenai model ini dari semasa ke semasa.

JOM BACA >> VIDEO : Tun Dr Mahathir Mencuba Ciri Kawalan Suara SUV Pertama Proton

JOM BACA >> SUV Pertama Proton – Apa Yang Perlu Anda Tahu

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply