ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

KIA Stinger bakal menyengat pasaran Malaysia?

Views
Kia Stinger GT - Kia performance saloon unveiled

Pastinya berita ini bakal memberi keterujaan maksima sehingga menggetarkan tulang rusuk peminat jenama KIA. Semasa acara jamuan bersama media sempena sambutan Tahun Baru Cina, Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia, Datuk Samson Anand George membuat satu kejutan dengan memberi gambaran bakal membawa masuk model mewah Kia Stinger ke pasaran Malaysia.

KIA Stinger baharu sahaja diperkenalkan secara global di Detroit bakal berentap dengan BMW 3-Series dan 4-Series Gran Coupe, Audi A4 dan A5 serta pencabar dari Jepun, Infiniti Q50 dan Lexus IS, tampil dengan rekabentuk yang memukau. Stinger merupakan versi pengeluaran model konsep sedan sport pacuan roda belakang KIA GT pada 2011 dan ia turut mendapat sentuhan Ketua Perekabentuk KIA, Peter Schreyer.

stinger-39

Pembangunan casis model ini dibuat di Eropah, dan banyak masa telah dihabiskan di Nürburgring untuk diuji oleh sekumpulan jurutera yang diketuai oleh Timbalan Presiden Eksekutif untuk ujian kenderaan dan pembangunan berprestasi tinggi Hyundai-Kia, Albert Biermann yang juga mantan bos di BMW M division.

Untuk pasaran Amerika Utara, Stinger bakal menggunakan enjin 2.0-liter berpengecas turbo (255hp dan 352Nm tork) sebagai unit asas dan enjin 3.3-liter turbo V6 (365hp dan 494Nm tork) yang mampu mencecah kelajuan maksima 269km/h. Kedua-duanya akan dipadankan dengan transmisi lapan-kelajuan automatik dengan pilihan pacuan semua roda.

Untuk pasaran Eropah pula, satu lagi pilihan enjin diesel akan ditawarkan, namun segala perincian mengenainya hanya akan diketahui semasa Geneva Motor Show bulan Mac nanti. Kita nantikan kemunculan KIA Stinger!

KLIK UNTUK BESARKAN

stinger-59 stinger-59 stinger-57 stinger-56 stinger-49 stinger-47 stinger-44 stinger-10 stinger-4 stinger-5 stinger-23 stinger-27 stinger-6 stinger-7 stinger-29 stinger-39 stinger-42 stinger-8 stinger-9 stinger-3 stinger-2 stinger-1_1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply