ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

KIA Stinger tambah ‘sengat’ Perkhidmatan Polis Queensland

Views

Ketika laman Facebook KIA Malaysia sibuk mengacah peminat automotif di negara ini masih ternanti-nanti kemunculan KIA Stinger yang dijangka pada minggu hadapan, Perkhidmatan Polis Queensland di Australia sudah pun menjadikan model tersebut sebagai kereta peronda. Beberapa foto majlis penyerahan kenderaan tersebut telah dikongsikan di laman sesawang Carscoops.com.

KIA Stinger ini nanti bakal menggalas tugasan untuk penguatkuasaan undang-undang dan menggantikan model Holden Commodore dan Ford Falcon yang akan ditamatkan perkhidmatan. Sebanyak 50 unit model ini akan memulakan tugasan secara berperingkat dari sekarang sehingga ke penghujung tahun ini.

JOM BACA >> KIA Stinger Bakal ‘Menyengat’ Minggu Depan?

Kereta peronda polis Queensland akan menggunakan Stinger V6 yang dikuasakan oleh enjin 3.3 liter turbo-berkembar yang mampu menjana 365 kuasa kuda dengan transmisi lapan-kelajuan automatik. Untuk tugasan polis, ia telah dilengkapi dengan beberapa peralatan tambahan sperti lampu strob, siren dan komunikasi radio. Dikhabarkan beberapa jabatan polis lain di seluruh Australia juga kini sedang menilai model Stinger untuk digunakan sebagai kereta peronda bersama model lain seperti SUV Sorento.

JOM BACA >> SUV Pertama Proton – Apa Yang Perlu Anda Tahu

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply