ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA tayang foto rasmi Sorento generasi baharu

Berita Global

Views

Akhirnya setelah beberapa siri intipan, KIA menyiarkan foto-foto rasmi generasi baharu Sorento yang bakal membuat kemunculan sulungnya di Geneva Motor Show bulan depan. Sekilas pandang, Sorento 2021 nampak seperti KIA Telluride terutama sekali pada bahagian belakang.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Reka bentuk Sorento 2021 berubah dengan cukup drastik jika dibandingkan dengan model terdahulu dan ia kelihatan jauh lebih mantap. Dari depan, ia menampilkan gaya baharu jeriji ‘hidung harimau’ yang mula diguna pakai oleh ahli keluarga baharu KIA, termasuklah Seltos dan K5 generasi baharu. Jeriji baharu ini bersambung dengan lampu hadapan dan juga lampu siang LED (DRL) yang berbentuk agak unik.

Menurut KIA, jarak gandar Sorento baharu ini telah dipanjangkan dan dalam masa yang sama juga muncung depan dan belakangnya telah dipendekkan. Dari sisi SUV ini nampak sasa dan tegap, paling menarik adalah kemasan krom pada tingkap tiang-C yang menjadikannya lebih mewah dan sporty. Di belakang, ia menampilkan rekaan lampu belakang yang terpisah, spoiler belakang yang merentangi bumbung dan lencana Sorento.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Rekaan kabin Sorento baharu nampak lebih premium dan moden, dengan sistem infohiburan skrin sentuh bersaiz 10.12 inci menghiasi bahagian tengah papan pemuka, kemasan krom pada bingkai corong pendingin hawa dan kemasan papan pemuka dwi tona yang menyerlahkan kemewahannya.

Buat masa ini pengeluar dari Korea Selatan itu masih lagi berahsia mengenai spesifikasi teknikal Sorento baharu, namun beberapa foto intipan sebelum ini berjaya mendedahkan yang SUV ini bakal ditawarkan dengan penjana ‘ECO Hybrid’, unit yang mungkin sama dengan apa yang digunakan pada model Kia Optima 2020 versi hibrid. Nantikan maklumat penuh pada 3 Mac nanti!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply