ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA tayang lakaran awal SUV kompak terbaharu

Berita Global

Views

Nampaknya trend SUV semakin menjadi-jadi di seluruh dunia. KIA turut tidak ketinggalan dengan menayangkan dua lakaran awal rasmi model SUV kompak terbaharu mereka yang bakal diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi. Pengeluar dari Korea Selatan itu berkata, SUV kompak tersebut bakal menampilkan reka bentuk yang diilhamkan dari KIA SP Signature Concept 2019 dan disasarkan untuk memikat hati generasi milenial.

Lakaran tersebut jelas memperlihatkan rekaan yang nampak hampir sama dengan SP Signature Concept yang diperkenalkan di India, beberapa bulan lalu. Di bahagian depan, model ini dilengkapi dengan sepasang lampu yang berbentuk tajam yang bersambung secara harmoni dengan jeriji ‘Tiger Nose’ yang agak besar.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Lampu kabus atau lampu nyalaan siang LED (DRL) yang di susun menegak pula kelihatan di bahagian bawah bampar, menjadikan model ini nampak lebih lebar dan tinggi secara visual. Dari arah belakang, reka bentuk SUV ini lebih ranggi dan sporty, terutama sekali pada bahagian lampu dan bampar.

Rekaan lampu belakangnya sangat futuristik dan moden, digabungkan pula dengan gaya bampar yang kemas dan agresif pasti memikat pembeli muda atau yang berjiwa muda. Walaupun sekadar lakaran pensel, ia sudah cukup untuk membuatkan ramai peminat kereta teruja untuk menantikannya.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Ketua Bahagian Reka Bentuk dan Penggayaan di KIA Motors Corporation, Byung Chul Juh berkata, mereka telah menghasilkan sebuah kereta yang menyerlah di mana-mana ia berada, di bandar mahupun di desa. Rekaannya yang lasak dan sporty sesuai dengan pelbagai ciri dan teknologi yang disasarkan kepada pembeli muda di seluruh dunia.

Tambahnya lagi, tiada kereta lain dalam segmen tersebut mampu menyainginya. Buat masa ini maklumat mengenai model ini agak terhad, namun ia tidak terlalu kecil seperti Hyundai Venue. KIA berkata, model ini akan tiba terlebih dahulu di Korea pada separuh kedua 2019 sebelum dipasarkan ke seluruh dunia. Difahamkan, model ini akan dikenali dengan nama Tusker di Amerika Syarikat.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply