ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA tayang lakaran Forte generasi baharu, bakal buat kemunculan di Detroit

Views

Rekabentuk KIA memang sentiasa mengujakan peminat automotif seantero dunia sejak mendapat sentuhan pereka tersohor Peter Schreyer. Kali ini giliran Forte/Cerato generasi baharu tampil dalam bentuk lakaran usikan dan bakal membuat kemunculan sulung di Detroit Auto Show 2018 tak lama lagi.

Sekilas pandang, Forte 2019 nampak seperti Stinger dalam skala yang lebih kecil dan pengeluar automotif dari Korea ini telah memberikan kesegaran pada jeriji ‘hidung harimau’ dan bentuk bumpar depan yang lebih agresif. Rekaan lampu depan dan belakangnya kini lebih menawan, tetapi kami lebih tertarik kepada bentuk belakang apabila ia menyala, menampakkannya lebih futuristik dan elegan.

Rekaan dalamannya pula kini lebih kemas, ringkas dengan nampak lebih moden terutama sekali di bahagian tengah papan pemuka yang menampilkan sistem infotainmen dengan paparan skrin sentuh bersaiz agak besar yang seolah-olah terapung. Kemasan dua tona warna turut memainkan peranan penting dalam menaikkan lagi rasa kemewahan pada ruang kabin model ini.

Mungkin selepas versi sedan empat-pintu Forte, KIA akan mengeluarkan versi dua pintu Forte Koup dan Forte5 hatchback yang akan menyusul kemudian. Namun di Malaysia hanya versi sedan dan Forte Koup sahaja yang pernah mendarat di sini. Disebabkan model ini masih lagi belum dilancarkan secara global, kita tidak dapat menjangkakan bilakah ia akan sampai di Malaysia. Kami jangka paling awal pun kita mungkin bakal menyaksikan kelibatnya semasa KLIMS18 dan ia akan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2019.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply