ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kilang Bosch di Muar tutup berikutan PKP – Pengeluaran Nio dan Tesla terganggu

Berita Tempatan

Views

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja menjejaskan sektor automotif tempatan, bahkan yang syarikat di luar negara ini turut menerima tempiasnya.

Menurut portal Carnewschina.com, naib presiden Bosch China, David Xu berkata, kilang semikonduktor milik mereka di Muar, Johor yang ditutup telah menyebabkan pengeluaran bekalan cip terpaksa ditangguhkan buat seketika.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kilang tersebut mempunyai kepakaran untuk menghasilkan cip untuk Program Kestabilan Elektronik (ESP), Brek Kuasa Bersepadu (IPB), Unit Kawalan Kenderaan (VCU) dan Unit Kawalan Transmisi (TCU). Bosch adalah salah satu daripada pembekal utama dalam industri automotif dan mobiliti.

Ia mempunyai seramai 395,000 kakitangan di seluruh dunia. Di China, mereka membekalkan cip dan komponen kenderaan untuk pengeluar kereta utama seperti Changan, FAW-Volkswagen dan BMW Brilliance.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Pada 2018, Bosch telah memeterai perjanjian strategik dengan pemula niaga mobiliti, NIO bagi membekalkan komponen yang berkaitan. Selain itu, itu Bosch juga merupakan pembekal untuk Tesla, yang dimiliki oleh bilionaire, Elon Musk.

CEO syarikat pemula niaga Xpeng, He Xiaopeng baru-baru ini telah memaklumkan kekurangan komponen berikutan gangguan bekalan dari Bosch China. Pada 15 Ogos lalu, satu dokumen dalaman tertiris dari FAW-Volkswagen mendedahkan pengeluaran model Audi A4l dan A6L buatan China terpaksa dihentikan sementara berikutan masalah tersebut.

Pengerusi Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia, Wang Shoutai mengesahkan sebahagian kilang yang mempunyai kadar jangkitan pekerja yang tinggi telah pun ditutup. Tambahnya, terdapat lebih 50 buah syarikat gergasi semikonduktor ‘berkampung’ di Malaysia, ini termasuklah Qualcomm, Micron, STMicro dan Infineon.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply