ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kilang Perodua Global hasilkan 250,000 unit kenderaan sejak Ogos 2014

Views

Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd (PGMSB), kilang pembuatan kenderaan tercanggih di bawah kumpulan Perodua, telah berjaya mengeluarkan 250,000 unit kenderaan baru-baru ini sejak ia mula beroperasi pada Ogos 2014. Daripada jumlah 250,000 itu, 85 peratus ialah model Axia (sejak Ogos 2014) manakala 15 peratus adalah Bezza (sejak Jun 2016).

“Ini merupakan satu pencapaian bersejarah bagi seluruh kumpulan Perodua kerana warga kerja PGMSB telah bekerja keras untuk memastikan bahawa pesanan pelanggan kami dapat diserahkan dalam tempoh masa yang ditetapkan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, YBhg Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Untuk 10 bulan pertama tahun ini, Perodua telah menjual sebanyak 167,000 kenderaan dengan jumlah peratus bagi model kenderaan Axia sebanyak 44.2 peratus diikuti dengan Myvi sebanyak 24.9 peratus, Alza 17.3 peratus dan Bezza 13.6 peratus (sejak 21 Julai 2016). Perodua juga telah menyerahkan lebih 22,000 unit Bezza sejak ia dilancarkan Julai lalu dan waktu menunggu bagi model ini ialah kurang dari dua minggu selepas urusan pinjaman kenderaan diluluskan oleh institusi kewangan.

Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd (PGMSB) ditubuhkan pada 26 Februari 2013 merupakan inisiatif Perodua untuk menjadi jenama automotif berdaya saing di peringkat global dan merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi Perodua. Kilang tersebut diperakui sebagai cekap tenaga oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerana menggunakan tenaga yang minimum serta bahan kimia yang mesra alam. PGMSB mempunyai 2,150 kakitangan dan mampu menghasilkan 200,000 unit kenderaan setahun dengan dua syif kitaran kerja.

KLIK UNTUK BESARKAN

img-20161204-wa0000 img-20161204-wa0001 img-20161204-wa0002

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply