Ingin mencari sebuah kereta tanpa perlu memilikinya? KINTO ONE, adalah jawapannya. Ia merupakan sebuah program langganan kenderaan dengan satu ansuran bulanan tetap yang merangkumi segalanya.
Direka di Jepun dan ditawarkan di seluruh dunia, KINTO ONE meliputi pendaftaran kenderaan, insurans tahunan komprehensif, cukai jalan, serta penyelenggaraan pencegahan dan berjadual.
Tempoh langganan adalah dalam masa dua atau tiga tahun dan sebaik sahaja tamat, pelanggan hanya perlu memulangkan kenderaan terbabit dan selebihnya akan diuruskan untuk mereka.
Mereka juga tidak perlu risau dengan nilai semasa atau cara untuk menjual kenderaan selepas tamat tempoh tersebut. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd dan UMW Toyota Motor.
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
Ia juga merupakan sebahagian daripada langkah awal Toyota di pasaran tempatan bagi merealisasikan impian menjadi sebuah syarikat mobiliti. Presiden Toyota Capital Malaysia, Thomas Chai berkata, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka telah menambahbaik ciri penawaran KINTO ONE.
Dengan ciri tambahan terbaharu KINTO ONE, pelanggan kini boleh memilih pakej perbatuan tahunan yang berbeza, yang bermula dari 20,000 km hingga 30,000 km, serta memilih tempoh langganan yang lebih panjang hingga lima tahun.
Sebagai tambahan, KINTO ONE kini turut menawarkan Lite Package,sebagai maklum balas kepada permintaan pasaran di mana pelanggan kini kurang bergerak berbanding dahulu tetapi masih perlukan sebuah program pemilikan kenderaan yang mudah dan ringkas.
Ia masih menawarkan nilai terbaik dari program langganan kenderaan dan tetap menawarkan keanjalan penuh bagi pelanggan untuk memilih pakej yang memenuhi keperluan spesifik mereka.
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
Dari sudut lain, kelihatannya ada permintaan yang semakin meningkat terhadap produk langganan servis menyeluruh oleh syarikat untuk memenuhi keperluan terhadap barisan armada kenderaan yang semakin bertambah.
KINTO ONE Business pula merupakan sebuah penyelesaian terbaik untuk membantu syarikat memperbaiki pengurusan operasi mereka. Sama seperti KINTO ONE, syarikat kini boleh melanggan KINTO ONE Business untuk kenderaan kegunaan komersial.
Ini tidak hanya akan membantu syarikat terlibat menguruskan armada barisan kenderaan mereka dengan lebih mudah, ia juga akan memberi kelegaan fikiran kerana akan menjaga segenap hal berkaitan kenderaan terbabit sepanjang tempoh langganan itu.
Antara model yang terlibat bagi langganan KINTO ONE ini termasuklah model popular dari Lexus dan Toyota serta Hilux dan Hiace. Senarai inventori berserta harga langganan boleh dirujuk di www.kinto-my.com.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
KOMEN TERKINI