ARKIB

KATEGORI

Buletin

KINTO ONE – Program langganan kenderaan ‘semua dalam satu’ kini tiba di Malaysia

Berita Tempatan

Views

KINTO ONE, sebuah program langganan kenderaan yang ditawarkan hampir di seluruh dunia kini secara rasminya tiba di Malaysia. Buat julung kalinya juga Toyota Capital turut memperkenalkan program langganan kenderaan Islamik sebagai pilihan terbaru kepada pelanggan tempatan.

Berasal daripada istilah Jepun kinto-un, yang bermaksud “flying nimbus” atau “awan terbang”, yang melambangkan masa depan mobiliti, pemilihan nama KINTO sejajar dengan semangat untuk menyediakan perkhidmatan yang pantas ketika diperlukan, membawakan mobiliti seperti dihasratkan oleh pengguna serta dalam masa yang sama mesra alam.

Program ini menawarkan medium baharu kepada pelanggan untuk memiliki dan memandu kenderaan tanpa perlu terbeban dengan kaedah pembelian sewa-beli kenderaan secara tradisional sebelum ini. Ia merupakan pelan langganan kenderaan yang komprehensif, bukan sekadar bayaran ansuran bulanan tetap namun turut merangkumi kos pendaftaran kenderaan, insurans menyeluruh tahunan dan cukai jalan, penyelenggaraan berjadual serta penyelenggaraan pencegahan.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Tempoh langganan disediakan sama ada bagi dua tahun atau tiga tahun dan selepas ia tamat, pelanggan hanya perlu memulangkan kenderaan terbabit kepada Toyota Malaysia tanpa perlu memikirkan bagaimana untuk menjual kenderaan dan susut nilai semasa.

Menurut Presiden Toyota Capital Malaysia, Thomas Chai, KINTO ONE merupakan hasil daripada kerjasama strategik antara Toyota Capital Malaysia dan UMW Toyota Motor dan direka secara khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup generasi baru berkaitan mobiliti.

Thomas menambah, KINTO ONE ada untuk memenuhi keperluan pengguna yang inginkan penyelesaian mobiliti yang lebih peribadi dan selamat semasa pandemik COVID-19 ketika ini. Ia juga disasarkan kepada syarikat-syarikat yang ingin meringankan beban aset mereka, namun masih mementingkan keboleh-fungsian mobiliti.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran Kurusamy pula berkata, KINTO ONE disasarkan untuk memenuhi keperluan generasi muda pemilik kenderaan yang inginkan kebebasan dan mobiliti melalui pelan langganan bulanan dengan ansuran tetap dan inklusif.

KINTO ONE boleh didapati secara eksklusif secara dalam talian melalui laman web www.kinto-my.com di mana pelanggan boleh meninjau model kenderaan yang ada, memilih pelan langganan yang dirasakan bersesuaian dengan keperluan masing-masing dan seterusnya membuat permohonan.

Model semasa yang ditawarkan termasuk Toyota Vios, Yaris, Corolla, Innova, Fortuner dan Camry dengan banyak lagi model lain akan disertakan, termasuk dari Lexus. Ia kini secara rasminya boleh didapati bermula hari ini (18 Januari 2021).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply