ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cadangan pengoperasian semula institut memandu, bas ekspres akan dibincangkan bersama KKM dan MKN

Berita Tempatan

Views

Cadangan pengoperasian semula institut memandu dan bas ekspres akan dibincangkan secara terperinci dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kewangan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Astro AWANI melaporkan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menjelaskan, kerajaan memerlukan sedikit masa lagi sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Katanya, antara yang dibangkitkan ialah mengenai pengoperasian semula institut memandu dan isu-isu berkaitan. Begitu juga dengan pengusaha bas ekspres yang masih tidak dapat beroperasi sepenuhnya pada ketika ini.

Dalam masa sama, cadangan-cadangan membabitkan kedua-dua sektor ini akan dibincangkan secara terperinci bersama KKM, Kementerian Kewangan dan MKN bagi mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang melanda industri yang masih belum dapat beroperasi akibat pandemik COVID-19.

Beliau sebelum itu mengadakan sesi dialog secara maya bersama pemain-pemain industri bagi membincangkan mengenai institut memandu dan perkhidmatan bas ekspres.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Turut serta dalam perbincangan ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli, Pengerusi Majlis Piawaian Dan Pemodenan Industri Memandu Malaysia (MAPIM), Datuk Hanafi Mat Zin, Pengerusi Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia, Tan Yang Kiong, Setiausaha Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia, Teo Kock Kee dan Pengerusi Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), Mat Aris Bakar.

Manakala bagi bas ekspres pula disertai Pertubuhan Pengusaha Bas Ekspres Malaysia (PBEM), Pan Malaysia Bus Operators Association (PMBOA) dan Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA).

Kementeriannya akan membuat pengumuman berkaitan perkara itu selepas mengadakan perbincangan dengan kementerian-kementerian yang berkaitan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wee Ka Siong

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply