ARKIB

KATEGORI

Buletin

KLFW Designer Search 2024 ‘serlahkan’ 3 bintang fesyen baharu, inspirasi rekaan daripada Peugeot 408

Berita Tempatan

Views

Kemeriahan acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW 2024) diteruskan lagi apabila mengetengahkan bakat, kreativiti dan kelestarian menerusi satu segmen khas yang dikenali sebagai “Design to Sustain” sempena KLFW Designer Search kali keenam.

Bertemakan “Capturing Allure” yang diinspirasikan daripada Peugeot 408, 15 orang pereka fesyen muda yang semakin meningkat naik mempamerkan rekaan inovatif mereka apabila merealisasikan lakaran menggunakan material-material yang boleh dikitar semula.

Ini merupakan kali pertama program KLFW Designer Search berkolaborasi dengan jenama automotif. Menurut Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais, kelestarian bukan lagi satu trend, tetapi satu unsur penting buat banyak industri seperti automotif dan fesyen.

Tambahnya, kelestarian ialah satu nilai utama di Stellantis. Peugeot sentiasa mencari jalan inovatif dalam menghasilkan produk-produk yang berfungsi dan mapan.

Pihaknya amat teruja untuk melihat bagaimana reka bentuk dan daya tarikan 408 dapat memberi inspirasi serta memainkan peranan sebagai pencetus idea kepada para pereka-pereka ini.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Bengkel pertandingan “Design to Sustain” yang berlangsung pada 16 Jun menyaksikan seramai 63 orang artis telah menghantar tiga lakaran pakaian wanita yang diinspirasikan daripada tema ‘Capturing Allure‘. Mereka turut terlibat dalam sesi pembentangan fesyen secara langsung.

Selepas disaring, 15 orang pereka terbaik ditugaskan untuk mengetengahkan dua rekaan di peringkat akhir. Mereka mesti menggunakan bahan kitar semula daripada Line Clothing Malaysia (LLCM) yang merupakan pengumpul tekstil sifar buangan terbesar di negara ini.

Sepasukan 7 orang juri telah ditugaskan untuk memilih tiga peserta teratas dan mereka merupakan pakar dalam industri fesyen dan penyokong tegar adegan (scene) fesyen tempatan.

Para pemenang diberi peluang eksklusif untuk memperagakan koleksi penuh masing-masing pada acara KLFW 2025 dan Lao Fashion Week: Zero Waste pada Oktober depan.

Juara KLFW Designer Search 2024 adalah Mei Xuan Tieo menerusi koleksi bertajuk “Ephemeral Reverie”. Tempat kedua jatuh kepada Raja Irfan dengan koleksi “Eternal Allure“, manakala pemenang ketiga ialah Salahuddin Hilmi dengan koleksi “Rockstar“.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Bagi Mei Xuan yang berasal dari Kuala Lumpur, rekaannya menggabungkan teknologi, garis aerodinamik dan gaya anggun Peugeot 408 dengan budaya tradisional Jepun dan daya tarikan Geisha selepas perang. Elemen ini terbukti dalam koleksi kemenangannya.

Raja Irfan dari Klang berkata, lampu depan Peugeot 408 membuatkannya jatuh cinta, manakala siluet dan garisan kereta itu juga menarik perhatiannya. Unsur-unsur ini dipaparkan dalam rekaan Raja Irfan di mana dia mencipta garisan berstruktur menggunakan korset, tali pinggang, dan elemen di bahu yang dibesarkan.

 

Turut diinspirasikan daripada lampu depan Peugeot 408, Salahuddin yang berasal dari Kedah berkata, dia mahu koleksi “Rockstar” menonjolkan kekasaran dan misteri.

Lampu depan dan belakang, rim, siluet, dan garisan Peugeot 408 memberi inspirasi kepada naratif rekaannya, dan dia juga menggabungkan warna bendera Perancis – merah, putih dan biru – untuk memberi penghormatan kepada negara asal jenama itu.

Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan berkata, pertandingan Designer Search pada tahun ini sekali lagi meningkatkan tanda aras fesyen di Malaysia. Bakat yang ditonjolkan membuktikan tahap kreativiti, individualiti dan inovasi yang tinggi dalam industri fesyen tanah air.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply