Edisi kesepuluh Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) bakal kembali dengan bertemakan “Beyond Mobility.”
Acara yang dianjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) itu bakal berlangsung pada 5 Disember hingga 11 Disember 2024, bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Tahun ini, KLIMS telah bekerjasama dengan Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI).
Dengan MARii sebagai rakan strategik, KLIMS 2024 menyasarkan untuk meneroka jalan baharu bagi meningkatkan keupayaan ekosistem automotif selaras dengan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020.
Menurut Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd Shamsor bin Mohd Zain, KLIMS 2024 terus mempamerkan inovasi dan kemajuan teknologi terkini dalam industri automotif.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Bertemakan “Beyond Mobility”, KLIMS kali ini akan menekankan kepada kemampanan, elektrifikasi, dan pemanduan autonomi.
Pengunjung boleh menantikan pameran yang diketengahkan daripada jenama dan rakan kongsi automotif terkemuka, yang mempamerkan kenderaan termaju dan penyelesaian mobiliti yang inovatif.
KLIMS 2024 menawarkan platform yang terbaik bagi semua kategori kenderaan elektrik, vendor, pembekal peralatan pengecasan dan penyedia perkhidmatan untuk mempamerkan produk, inovasi dan teknologi terkini.
Acara ini turut disokong oleh Persatuan Pemasang dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MASAAM), Persekutuan Automotif Malaysia (AFM) dan Persatuan Pengilang Komponen Automotif Malaysia (MACPMA).
Selain itu, rakan kongsi acara seperti Carsome, Big Onion dan Motonation akan turut menyumbangkan sumber mereka bagi memastikan pengalaman yang komprehensif dan menarik untuk para pengunjung.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Antara jenama yang telah mengesahkan penyertaan mereka di KLIMS 2024 termasuklah Perodua, Proton, Toyota, Honda, Mitsubishi, Nissan, KIA, Mazda, Kawasaki, Great Wall, MG Motor, GAC Motor, Allianz, V-Kool, Kineta, PG Pro Perma Glass, NVK Interior, GoInsuran, WTC Automotif, TCCL dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, jenama-jenama tambahan lain yang bakal mengambil bahagian dalam KLIMS 2024 bakal diumumkan menjelang tarikh acara itu berlangsung nanti.
Butiran acara
- Tarikh: 5 – 11 Disember 2024 (Khamis hingga Rabu)
- Lokasi: Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC)
Waktu operasi
- 10:00 pagi hingga 8:00 malam pada hari bekerja
- 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad kerana 11 Disember adalah cuti umum Selangor)
Maklumat tiket
Tiket boleh didapati menerusi laman sesawang www.klims.com.my.
No. | Kategori hari minggu Jumaat, Sabtu, Ahad dan 11 Disember (Selangor cuti umum) |
1. | Dewasa RM20.00 / RM25.00 |
2. | Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) Percuma / Percuma |
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI