ARKIB

KATEGORI

Buletin

KLIMS18 : Intai-intai bakal SUV Perodua (D38L)

Views

Perodua bukan setakat membawa dua kereta konsep malah membawa bakal SUV tujuh-tempat duduk terbaharunya yang dikenali dengan namakod D38L ke Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 yang sedang berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur. Walaupun model Myvi GT dan X Concept mencuri tumpuan, pengunjung juga berpeluang untuk mengintai-intai SUV tersebut.

Model tersebut telah disorokkan di dalam sebuah kotak besar yang turut ditutupi dengan kain putih yang jarang bagi memberikan pengunjung sekilas pandang rupa bentuk susuk tubuhnya. Salah seorang rakan pembaca kami, Faye Zarl yang telah mengunjungi pameran tersebut berjaya merakamkan kelibat model tersebut secara dekat dan jelas.

Segala teka-teki mengenai bagaimana rupa bentuk model tersebut akhirnya terjawab dan jelas SUV ketiga Perodua ini adalah ‘kembar’ kepada Toyota Rush yang baharu sahaja menjengah pasaran Malaysia. Pada pandangan mata kasar kedua-dua model ini sebenarnya tidak banyak perbezaannya, yang berbeza hanyalah pada bampar hadapan dan belakang, kemasan pada lampu serta rekaan rim aloinya.

Gambaran SUV Perodua (D38L) dari Amir Hassan @ Gunma Akagi.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Bagi peminat automotif, mungkin ramai yang agak sedikit terkilan mengapa Perodua tidak mereka bentuk semula model ini seperti yang dilakukan pada Myvi baharu, namun pada pendapat kami apa yang dilakukan oleh Perodua ini adalah satu tindakan yang wajar. Mengapa kami berkata demikian?

Ini kerana, mungkin Perodua merasakan model tersebut bukanlah model teras mereka seperti Axia, Bezza dan Myvi yang mencatat julat jualan yang tinggi dan ia juga hanyalah pelengkap kepada barisan model mereka yang masih belum ada pengganti SUV sejak pengeluaran Nautica dihentikan.

Model ini juga akan mempunyai tanda harga yang agak sedikit tinggi berbanding dengan model-model yang lain dan jangkaan kami harga ia akan dijual pada harga di bawah RM80K seunit. Pelancarannya pula mungkin dibuat pada bulan Disember atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan. Jika anda ingin mengintai sendiri SUV ini dengan lebih dekat, jom ke MITEC sebelum KLIMS18 melabuhkan tirainya pada 2 Disember nanti.

JOM BACA >> PANAS: Ottimo bakal perkenal moped ‘harga marhaen’ tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply