Great Wall Motor (GWM) Malaysia membuat penampilan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 dengan menampilkan barisan kenderaan yang mendefinisikan semula inovasi, prestasi, dan reka bentuk.
Tumpuan utama sudah semestinya pratonton eksklusif dua model baharu, iaitu GWM TANK 500 dan GWM WEY 80.
GWM TANK 500 dijangka memasuki pasaran Malaysia pada 2025, mencerminkan komitmen GWM dalam menawarkan kenderaan bercirikan moden, mewah dan berprestasi tinggi dalam landskap automotif tempatan.
Ia adalah model kedua di bawah jenama TANK yang diperkenalkan selepas GWM TANK 300. SUV mewah 7-tempat duduk ini menggabungkan reka bentuk moden dengan keupayaan ‘off-road‘ terkini.
Menampilkan reka bentuk luaran yang lasak, dimensinya berukuran 5,078 mm panjang, 1,934 mm lebar, 1,905 mm tinggi, dengan jarak tapak roda 2,850 mm.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 liter 4-silinder hibrid yang dipadankan dengan transmisi automatik 9-kelajuan, ia mampu menghasilkan gabungan kuasa 258 kW dan 648 Nm daya kilas.
Model ini didatangkan dengan 11 mod pemanduan, termasuk ciri-ciri ‘TANK Turn’ dan ‘Off road Cruise Control’ bagi menakluki pelbagai jenis permukaan dengan mudah bersama sudut pendekatan setinggi 36.9°.
GWM WEY 80 pula adalah sebuah MPV premium 7-tempat duduk dengan sistem hibrid plug-in elektrik yang dikuasakan oleh Teknologi Hibrid Terdedikasi (DHT).
Rangkaian kuasa ini mampu menghasilkan output sebanyak 487 PS dan 762 Nm daya kilas, dengan jarak pemanduan hingga 150 km menerusi bateri 37.96 kWj.
MPV ini mempunyai dimensi berukuran 5,045 mm panjang, 1,960 mm lebar, dan 1,900 mm tinggi, dengan jarak tapak roda 3,085 mm.
Pemandu dan penumpang dapat menikmati keselesaan menerusi kerusi kulit berkualiti tinggi dengan ciri graviti sifar.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Ciri-ciri sandaran belakang dengan sokongan kaki yang boleh dilaraskan pada barisan kedua membolehkan penumpang beristirahat di sepanjang perjalanan.
Selain itu, penumpang di barisan kedua juga dilengkapi dengan meja lipat pelbagai fungsi di belakang kerusi barisan pertama untuk melakukan kerja mahupun menikmati hidangan.
Lebih menarik lagi, MPV ini juga didatangkan dengan 16 pembesar suara Harman Kardon dengan sistem audio bertaraf opera dan berkualiti tinggi.
Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, pratonton eksklusif GWM TANK 500 dan GWM WEY 80 di KLIMS 2024 ini mencerminkan komitmen mereka untuk memenuhi keperluan pengguna di Malaysia yang sentiasa berkembang dengan menawarkan nilai yang luar biasa dengan penyelesaian mobiliti mampan.
Selain dua model tersebut, para pengunjung reruai GWM di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) boleh menyaksikan beberapa model lain seperti GWM ORA GOOD CAT, GWM ORA 07, GWM TANK 300 dan GWM HAVAL H6 HEV.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI