Perodua memperkenalkan evolusi prototaip kenderaan bateri elektrik (BEV)nya yang dikenali sebagai eMO-II (disebut sebagai M-O-2) di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, hari ini.
Prototaip terbaharu ini mempunyai penggayaan yang lebih kemas yang mana ia menggabungkan ciri estetik abad ke-21 dengan keunikan Malaysia.
Reka bentuk kereta berkenaan dibuat berdasarkan elemen songket yang digabungkan dengan lampu LED bagi melengkapi keseluruhan rekaannya.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, prototaip ini adalah kesinambungan perjalanan pembuatan kereta elektrik (EV) yang mana teknologinya dicipta sendiri dari awal.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
eMO-II telah ditambahbaik daripada model prototaip terdahulu dari segi penggayaan dan ciri-cirinya, menjadikannya lebih sempurna dan bersedia menuju masa depan EV Perodua.
Model ini dibangunkan menggunakan casis baharu dengan jarak perbatuan sekitar 400 hingga 410 kilometer (km), manakala pecutan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 6 hingga 7 saat.
Tambah Datuk Sri Zainal, model pengeluaran BEV ini dijangka berharga antara RM50,000 hingga RM90,000, dan tidak mebihi RM90,000.
Projek EV berkenaan dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Perodua pada 2023.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Tambah beliau, pihaknya dapat menguasai pembuatan EV dengan lebih baik hasil kerjasama beberapa perunding yang dilantik, sekali gus berjaya memenuhi garis masa yang ditetapkan.
Beliau berkata Perodua juga bekerjasama dengan beberapa organisasi korporat tempatan untuk memastikan pelanggannya mendapat akses mobiliti yang lebih baik.
Katanya, Perodua menitikberatkan semua aspek pemilikan EV bagi memastikan pelanggan mendapat pengalaman yang cekap, mesra pengguna dan dilengkapi oleh prasarana sokongan yang disediakan oleh organisasi ternama di negara ini.
Datuk Sri Zainal turut berterima kasih kepada kerajaan, terutamanya Perdana Menteri dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kerana menyokong projek ini, seterusnya menyokong ekosistem automotif negara dalam meneroka dunia EV.
Selain daripada eMO-II, Perodua turut mempamerkan kereta konsep Ativa Fuze serta perjalanan Perodua selama 30 tahun di KLIMS 2024.
KLIK UNTUK BESARKAN
Perodua eMO-II
Ativa FUZE
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI