ARKIB

KATEGORI

Buletin

KLIMS24: SAIC Motor Malaysia umum harga MG Cyberster – RM319,900

Berita Tempatan

Views

SAIC Motor Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi bagi model roadster elektrik dua tempat duduk pertama di Malaysia, MG Cyberster serba baharu dengan harga RM319,900.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Anthony Loke Siew Fook.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng, Ketua Pegawai Operasi, Lee Wen Hsiang dan tetamu kehormat lain.

MG Cyberster ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik iaitu Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow, dan English White.

Warna Dynamic Red dan Camden Grey hadir dengan kemasan dalaman hitam dan merah, manakala Inca Yellow dan English White dihiasai dengan rona kelabu.

Kesemua varian MG Cyberster didatangkan dengan tudung bumbung hitam untuk gaya yang lebih elegan.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

MG Cyberster adalah kereta sport yang menawarkan kuasa 503 PS (375 kW) dengan 725 Nm daya kilas maksimum melalui pacuan semua roda (4WD). Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.2 saat.

Dilengkapi dengan bateri 77kWj, MG Cyberster menawarkan jarak pemanduan sehingga 446 km, dan pengecasan pantas (DC) dari 10 hingga 80 peratus hanya dalam 38 minit.

Reka bentuknya menampilkan siluet rendah, pintu gunting elektrik nirbingkai, roda aloi 20 inci Jetstream, serta ruang dalaman sporty mewah dengan sistem inforia canggih dan audio premium Bose.

Dari segi keselamatan roadster ini dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) di bawah jenama MG Pilot yang terdiri daripada:

  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesanan pejalan kaki dan motosikal
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC),
  • Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)
  • Amaran dan Bantuan Lorong (LDW & LKA)

Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan Pengesanan Titik Buta (BSD), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Amaran Lintasan Trafik Di Belakang (RCTA), dan Bantuan Suluhan Lampu Tinggi Pintar.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

SAIC Motor Malaysia turut menawarkan Pakej Waranti Komprehensif dan Pakej untuk Pembeli MG Cyberster yang merangkumi:

  • Waranti 7-tahun atau 150,000km perbatuan untuk kenderaan.
  • Waranti 8-tahun atau 180,000km perbatuan untuk Pek Bateri Voltan Tinggi.
  • Waranti  8-tahun atau 160,000km perbatuan untuk Unit Pacuan Motor dan Unit Kawalan Motor.
  • 1-tahun Pengecasan Tanpa Had dengan JomCharge dan Fungsi Pengecasan Automatik.
  • Kotak Pengecasan Lekap Dinding 7kW percuma.

Selain itu, SAIC Motor Malaysia turut mempamerkan pelbagai model MG di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 termasuklah MG5, MG HS SUV, dan MG4 EV Concept Edition yang baharu.

Model-model yang akan datang, seperti MG3 HEV, MG7, dan MG ZS HEV turut dipamerkan. Tawaran istimewa turut disediakan bagi pembeli yang menempah mana-mana model MG semasa acara tersebut.

MG5 dan MG HS ditawarkan dengan rebat RM7,000 dan RM5,000, manakala pembeli MG ZS EV, MG4 EV Lux, dan MG4 EV Standard boleh menikmati ansuran percuma sehingga 20 bulan, dengan nilai masing-masing RM26,000, RM16,000, dan RM8,500.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply