ARKIB

KATEGORI

Buletin

Koleksi One Million Dreams mula dijual di Shopee mulai 1 April

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengumumkan Cenderahati Rasmi Edisi Istimewa HondaKoleksi One Million Dreams bakal berada di pasaran secara rasmi mulai 1 April 2021 secara eksklusif di Honda Malaysia Official Store, di platform e-dagang Shopee.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Menjelang pelancarannya, Honda Malaysia menawarkan ganjaran istimewa kepada pelanggan dengan Baucar Pra Pelancaran Pembeli Terawal bernilai RM20, bersamaan dengan 2,000 Syiling Shopee. Pelanggan boleh mendaftar untuk baucar Pra-pelancaran ini menerusi laman Facebook rasmi Honda Malaysia dari 17 Mac hingga 28 Mac 2021. Baucar unik kod1 akan dihantar kepada pelanggan pada 31 Mac 2021.

Penggunaan kod baucar adalah berdasarkan pada ‘siapa cepat dia dapat‘ di mana 100 pelanggan pertama akan dapat menggunakannya untuk membeli Cenderahati Rasmi Edisi Istimewa Honda di Shopee. Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama, bersempena dengan kempen ini mereka bekerjasama dengan jenama busanajalanan (streetwear) tempatan, Pestle & Mortar Clothing (PMC).

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Koleksi One Million Dreams akan ditawarkan dalam kuantiti terhad sahaja dan ia menampilkan enam barangan unisex dengan rekaan bergaya dan trendy. Antara barangan yang ditawarkan termasuklah, topi pemancing boleh diterbalikkan, kantung leher, t-shirt polo, t-shirt lengan panjang dan pendek serta jaket perlumbaan.

Selain itu, juga memperkenalkan pakej berkas (bundle) pada harga istimewa buat pelanggan yang membeli Cenderahati Rasmi Edisi Istimewa Honda dan Cenderahati Siri ‘TEI’ terpilih dari Kedai Rasmi Honda Malaysia di Shopee. Layari https://shopee.com.my/hondamalaysia.os atau laman Facebook rasmi Honda Malaysia untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply