ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kontrak pengusaha gerai nombor 6 R&R Gambang ditamatkan – ANIH Berhad

Views

Anda masih lagi ingat insiden pergaduhan antara peniaga gerai dengan pemandu bas ekspres yang berlaku di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang arah Timur baru-baru ini? Sampai peniaga lagi kena boikot dan perniagaan mereka semakin merosot disebabkan kunjungan pengguna lebuhraya ke hentian tersebut semakin berkurangan.

Semalam, dalam satu kenyataan media, ANIH Berhad telah mengambil keputusan menamatkan kontrak pengusaha gerai tersebut berkuat kuasa pada 31 Disember 2018 selepas didapati bersalah melanggar syarat ditetapkan pengurusan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) itu. Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi berkata, keputusan itu diambil selepas melakukan siasatan dalaman.

Tambah beliau, keputusan untuk menamatkan dan tidak menyambung kontrak berkenaan dibuat pihaknya pada hari yang sama enam lelaki berusia 32 hingga 44 tahun yang terlibat dalam kejadian tersebut dijatuhkan hukuman denda RM2,000 setiap seorang di Mahkamah Majistret Kuantan, Isnin lalu. Pihaknya tidak berkompromi kerana mereka didapati melanggar klausa 2.5 yang termaktub dalam kontrak yang mana penggerai atau pekerja dilarang menggunakan gerai untuk sebarang tujuan lain, berkelakuan kurang sopan dan bergaduh.

JOM BACA >> PANAS : Geely kantoi bocor nama Proton X50?

Walaupun ia dianggap kes terpencil, tetapi ia memberi impak besar kepada para peniaga di R&R Gambang. Kejadian itu turut menyebabkan bas ekspres semakin berkurangan singgah di sini dan menjejaskan peniaga lain. Radzimah berkata, bagi memulihkan kembali situasi ini pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan Sani Express pada 26 Disember lalu. Ia bagi membincangkan permasalahan yang timbul serta mencari jalan penyelesaian bagi menjernihkan keadaan.

Sehubungan denga itu juga, pihak konsesi juga akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di 12 hentian R&R sekitar Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur dan LPT-1 termasuk di Genting Sempah, Temerloh dan Gambang pada tahun ini. Selain itu, orang ramai yang ingin membuat aduan boleh menggunakan saluran Twitter dan Facebook ANIH Berhad atau terus menghubungi talian 09-5479111.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua pihak dan kami harapkan ia tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

JOM BACA >> Fakta ringkas menarik mengenai Perodua Aruz – Tempahan kini dibuka!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply