ARKIB

KATEGORI

Buletin

Konvoi ‘Geng Saga lama’ tarik perhatian ramai di Putrajaya

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 45 kereta model awal Proton Saga berkonvoi sejauh 100 kilometer (km) dari Bukit Kapar, Klang menuju Putrajaya dan kembali ke Bukit Kapar sempena Sambutan Hari Malaysia.

Berita Harian melaporkan, Pengerusi Kelab Saga 69 Bukit Kapar, Ramlan Masron, 65, berkata seramai 100 ahli kelab menyertai konvoi yang memulakan perjalanan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Katanya, konvoi ini bertujuan mempamerkan koleksi model Proton Saga dimiliki ahli kelab kerana pihaknya tahu ramai generasi muda yang pastinya teruja melihat kereta lama ini masih gagah membelah lebuh raya.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Tambah Ramlan, mereka juga mahu mengembalikan nostalgia yang mana Proton Saga adalah kereta nasional pertama keluaran Malaysia. Saga pertama kali dikeluarkan pada 9 Julai 1985, dua tahun selepas Proton ditubuhkan.

Tinjauan Bernama mendapati, orang ramai yang teruja melihat konvoi kereta lama lalu di hadapan mereka, bersorak sebagai tanda sokongan kepada rombongan itu.

Ada juga yang memperlahankan kenderaan masing-masing sebaik melintasi Bangunan Perdana Putra untuk mencuci mata melihat ‘pameran’ Proton Saga, selain ada yang memberhentikan kenderaan untuk bergambar di hadapan deretan kereta lama itu.

Ramlan berkata, rakyat Malaysia perlu berbangga kerana kereta nasional pertama itu masih dijaga dengan baik oleh peminatnya walaupun perlu mengeluarkan belanja agak besar untuk baik pulih dan modifikasi.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Walaupun harga pasaran Proton Saga terpakai sekitar RM500 ke RM800 sebuah, beliau berkata, kos sekitar RM20,000 diperlukan untuk memastikan kereta itu berfungsi dengan baik dan selamat.

Katanya, kereta-kereta ini walaupun lama tetapi tidak mendatangkan masalah sepanjang perjalanan mereka dari Bukit Kapar ke sini.

Ramlan berkata, kelab memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara dipatuhi oleh semua ahli kelab sepanjang perjalanan ini.

Kelab menyediakan makanan dan minuman untuk ahli dan mereka hanya boleh makan di dalam kereta masing-masing. Tambah Ramlan lagi, pihaknya tidak mahu mereka berkumpul sambil makan dan menyebabkan pelanggaran SOP.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply