ARKIB

KATEGORI

Buletin

Konvoi ‘geng supercar’ tahan Ranger putih di lebuh raya, kes diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya

Berita Tempatan

Views

Polis akan menyerahkan kertas siasatan berkaitan kes konvoi kereta mewah yang menghalang laluan di Kilometer 34, Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran susur keluar Sedenak, Kulai, Jumaat lalu, kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata setakat ini, polis mengenal pasti 11 individu terbabit dan semuanya sudah dipanggil memberi keterangan, termasuk pemandu kenderaan Ford Ranger, seorang wanita berusia 28 tahun.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 kerana merusuh, Seksyen 323 kerana menumbuk pemandu pacuan empat roda atas laporan polis yang dibuat serta atas kesalahan menghalang lalu lintas.

Katanya, ada antara mereka sudah ditahan dan dibenarkan diikat jamin. Baru-baru ini, video berdurasi 1 minit 14 saat menunjukkan sebuah Ford Ranger dipandu secara berbahaya sehingga berlaku perlanggaran dengan konvoi kereta mewah tular di media sosial.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Perlanggaran itu menyebabkan konvoi Lamborghini tidak berpuas hati dan menghentikan kenderaan di tengah lebuh raya sehingga berlaku perselisihan faham.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan wanita yang memandu Ford Ranger dipercayai panik sebelum melanggar sebuah kenderaan dalam konvoi terbabit.

Wanita berusia 28 tahun itu dipukul pemandu kenderaan mewah terbabit ketika dihalang di lokasi berkenaan pada jam 6.10 petang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply