ARKIB

KATEGORI

Buletin

Konvoi Malaysia-China Amazing Trip tiba di sempadan China

Berita Tempatan

Views

Ketika ini konvoi pemilik Proton X70 sedang mengharungi cabaran ekspedisi Malaysia-China Amazing Trip yang dianjurkan oleh Borneo Leisure Touring Team. Peserta perlu menamatkan perjalanan sejauh 13,000km selama 33 hari merentasi empat buah negara, iaitu Malaysia, Thailand, Laos dan China.

Berikut adalah catatan ringkas perjalanan mereka selama lima hari:

Hari Pertama – Malaysia ke Hatyai, Thailand, 540km dan 12 jam.

  • Keadaan trafik sangat sesak menghala ke arah Utara, namun perjalanan lebih mudah kerana Proton X70 memiliki tempat duduk yang sangat selesa, fungsi penstriman muzik dan sistem pendingin hawa yang sungguh menyamankan.
  • Konvoi singgah sebentar di cawangan pengedar Proton di Juru Auto-city untuk pemeriksaan kenderaan dan menikmati makan tengah hari.
  • Perjalanan diteruskan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Seberang Jaya untuk mendapatkan permit untuk masuk ke Thailand.
  • Melepasi sempadan di Padang Besar tanpa sebarang masalah dan konvoi terus ke majlis makan malam yang dianjurkan oleh Proton Motors Thailand apabila tiba di Hatyai.

Hari Kedua – Hatyai ke Hua Hin, 740km dan salah satu laluan terpanjang dalam ekspedisi ini.

  • Walaupun kali pertama mengharungi perjalanan panjang, semua peserta berasa amat bertuah kerana Proton X70 memiliki kabin yang selesa dan pemanduan yang cemerlang.
  • Disebabkan permukaan jalan yang tidak begitu rata di Thailand, ada sedikit bunyi angin dan hingar jalan semasa sistem suspensi menyerapnya pada kelajuan antara 90-120km/j, namun begitu penumpang sedikit pun tidak terganggu.
  • Pembersih udara menjalankan tugasnya dengan baik demi memastikan bau kabin sentiasa segara sepanjang masa.
  • Hua Hin merupakan tempat yang mempunyai tapak peninggalan purba yang mengagumkan serta pantai yang mengujakan.

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

Hari Ketiga – Hua Hin ke Tak, 619km.

  • Hari ketiga konvoi menuju ke Tak, yang merupakan ibu negeri Wilayah Tak yang berkongsi sempadan panjang dengan Myanmar.
  • Perjalanan tidak begitu lancar kerana enjin 1.8 TGDI perlu mengerahkan daya kilasnya untuk memotong kenderaan yang bergerak perlahan dan memastikan konvoi ini sentiasa berada di hadapan.
  • Konvoi melintasi beberapa bandar kecil di sepanjang jalan dan semasa berhenti di lampu isyarat, fungsi Auto Hold berjaya menghilangkan rasa penat dalam kesesakan lalu lintas.

Hari Keempat – Tak ke Chiang Khong, 580km dan 10 jam perjalanan.

  • Semasa dalam perjalanan ke Chiang Khong, konvoi singgah seketika di Magic Hill yang terkenal di Lebuhraya 105.
  • Proton X70 berhenti di kaki bukit dengan enjin dimatikan dan dalam kedudukan gear neutral. Sungguh mengagumkan apabila terus mampu mendaki cerun yang berketinggian hampir 10 meter.
  • Proton X70 turut mendapat perhatian ramai termasuk beberapa warga tempatan yang mendekati peserta konvoi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SUV ini.
  • Perjalanan kemudiannya diteruskan ke Chiang Khong dan mereka bermalam sambil menikmati pemandangan Sungai Mekong dan Laos.
  • Pada hari kelima konvoi berjaya melintasi Jambatan Persahabatan untuk menuju ke Laos.

Hari Kelima – Chiang Kong ke Mengla, 430km dan menyeberang ke China.

  • Pengalaman melepasi sempadan menerusi jalan darat sememangnya amat berbeza kerana perlu menguji ketahanan fizikal dengan memandu sekaligus menjadikannya satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.
  • Hari kelima ekspedisi ini menyaksikan konvoi berjaya melepasi tiga negara dari Thailand ke Laos dan kemudiannya menuju ke China.
  • Di setiap negara permukaan jalannya juga berbeza-beza, apatah lagi lubang pada permukaan jalan, pertambahan trafik dan lanskap yang bertukar kehijuauan namun ia bukan masalah besar bagi Proton X70.
  • Walaupun di luar bunyinya agak bising, namun tempat duduk yang selesa, suspensi yang lancar dan penyerapan bunyi yang cemerlang memberikan ketenangan di sepanjang perjalanan.
  • Walaupun terpaksa mendaki jalan yang agak curam, Proton X70 berjaya melepasinya dengan mudah dan pengendaliannya yang cemerlang juga memastikan keempat-empat tayar sentiasa mencengkam di permukaan jalan.
  • Akhirnya konvoi tiba di sempadan ke China dan pelbagai cabaran bakal menanti mereka. Nak tahu kesudahan perjalanan epik ini, teruskan kesetiaan anda bersama kami.

JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply