ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) terima 40 unit motosikal ‘sport touring’ BMW R1250RT

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 40 buah motosikal jenis ‘sport touring‘, BMW R1250RT telah diterima Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) bagi meningkatkan keupayaan mobiliti anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam melaksanakan tugas harian.

Menurut Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, perkhidmatan Motosikal Polis Tentera telah digunakan sejak awal penubuhan KPTD.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Malah cetusan idea dan rancangan untuk perolehan Motosikal Penguatkuasa melalui perkhidmatan sewaan ini adalah diinspirasikan dari Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan” dengan memberi penekanan kepada meningkatkan keupayaan mobiliti dan logistik berpandukan penjajaran aset sedia ada.

Katanya, tentera darat telah meluluskan perolehan 40 buah motosikal penguat kuasa secara sewaan daripada syarikat Ammo Defence Sdn Bhd untuk tempoh selama lima tahun.

Beliau yakin, dengan amalan tadbir urus yang mampan, perolehan aset ini mampu membentuk KPTD sebagai sebuah organisasi penguat kuasa yang sentiasa relevan, unggul, disegani dan dihormati.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Tambah beliau, kegunaan motosikal ini adalah sebagai kenderaan rondaan keselamatan dan tugas pengiring bagi orang kenamaan, konvoi kenderaan tentera serta konvoi membawa peluru dan bahan letupan.

Di samping itu, perkhidmatan Motosikal Polis Tentera ini juga turut digunakan untuk menghantar utusan atau surat berdarjah apabila keadaan memerlukan.

Dalam majlis berkenaan, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain telah menyerahkan replika kunci sebagai simbolik rasmi motosikal penguatkuasaan KPTD kepada Pengerusi KPTD, Brigedier Jeneral Abdul Wahab Geoh di Wisma Perwira Tentera Darat. – Berita RTM

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tentera Darat Malaysia

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply