ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kos baiki Jalan Gua Musang-Lojing cecah RM5.3 juta

Views

Astro AWANI melaporkan, kos kerja pembaikan struktur jalan di Kilometer 92, Jalan Gua Musang-Lojing di Gua Musang, Kelantan yang terjejas akibat tanah runtuh dan banjir lumpur, Ahad lalu dianggarkan dalam lingkungan RM5.3 juta.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman berkata, jumlah itu termasuk kerja pembaikan kritikal dan menyelesaikan masalah laluan yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya, kerosakan yang berlaku memerlukan pembaikan menyeluruh, namun bergantung kepada cuaca untuk menyiapkannya. Tambah beliau, keadaan cuaca seperti ini tidak mengizinkan kerja-kerja pembinaan jalan dijalankan.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Ketika ini yang menjadi keutamaan adalah pembinaan laluan sementara bagi membolehkan pengguna jalan raya lalui kawasan terjejas banjir. Tambah Mohamad Zulkefly, setakat ini juga JKR telah menerima sebanyak 267 aduan bencana di enam negeri ketika musim tengkujuh ini.

Jelasnya, aduan bencana yang menyebabkan kerosakan jalan perhubungan itu ialah di negeri Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat lokasi jalan yang rosak akibat kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di Tanah Tinggi Lojing.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Kerja Raya Gua Musang Kelantan

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply