ARKIB

KATEGORI

Buletin

KOTAK Band hangatkan Achilles Formula Drift Malaysia 2013!

Views

kotak-band-wallpapers

PT Multistrada Arah Sarana (MASA) Tbk. pengeluar tayar jenama Achilles, sekali lagi tampil selaku penganjur Achilles Formula Drift 2013 Asian buat kali kedua yang bakal berlangsung pada di Speed City, Kuala Lumpur, Ahad ini! Selain menampilkan nama-nama besar dalam sukan drift dari seluruh pelusuk dunia, acara ini juga bakal dihangtkan dengan persembahan khas daripada kumpulan rock terkenal dari Indonesia, KOTAK.

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada Tantri selaku vokalis utama, Chua sebagai pemain bass dan Cella sebagai pemain guitar. Ini adalah persembahan “live” yang pertama kali di arena drift, Achilles Formula Drift Asian Series. Dengan jumlah peminat yang ramai di Malaysia, kumpulan ini begitu teruja untuk membuat persembahan dan ini juga merupakan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mereka, membuat persembahan di acara sukan permotoran.

Pencapaian mereka dalam industri muzik rock adalah muncul pemenang dalam pertandingan The Dream Band pada 2004, Solo Artist/Duo/Collaboration/Best Rock Group di AMI Awards 2009, The Most Favourite Artist Breakthrough di MTV Indonesia Awards 2009, The Most Popular Pop Rock Group di Indosat Award dan Chua dinobatkan sebagai Favourite Bassist di SCTV Music Awards 2013.

Mereka dijangka tiba di Malaysia hari Sabtu ini. Kotak dan Shae juga bakal mengambil bahagian dalam sesi drift bersama Achilles Drift Team. Kotak akan membuat persembahan bermula dari jam 11:30 pagi hingga 1:00 tengah hari, diikuti dengan sesi bertemu dan beramah mesra bersama peminat yang bakal diadakan bermula dari jam 1:00 hingga 1:30 tengah hari. Kotak dan Shae bakal menyanyikan lagu hit mereka seperti “Pelan Pelan Saja”, “Beraksi”, “Tendangan Dari Langit” dan “Rise and Fall”. Lagu “Rise and Fall”  dicipta khas oleh Kotak dan J-Flow sempena kerjasama antara Achilles dan Manchester United. Untuk maklumat lanjut, layari www.formuladriftasia.com atau www.facebook.com/formuladriftasia.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply