ARKIB

KATEGORI

Buletin

KPDNHEP cadang syarikat minyak turunkan harga jualan produk petroleum

Berita Tempatan

Views

Semalam Berita Harian melaporkan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mencadangkan kepada syarikat minyak agar mempertimbangkan penjualan produk petroleum di bawah harga ditetapkan kerajaan dan ini selaras dasar prinsip persaingan yang baik.

Menurut menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, jika syor berkenaan mendapat reaksi positif syarikat minyak, pihaknya akan memberi sokongan diperlukan. Namun jika sebaliknya, pihaknya akan mengadakan sesi libaturus supaya penerangan lebih terperinci mengenai syor ini dapat diberikan.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Katanya, ada 3,500 stesen minyak dipelopori sekurang-kurangnya enam pemain besar. Kerajaan pula telah memainkan peranannya menerusi pengenalan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) dengan subsidi, menjadikan harga runcit RM2.08 bagi produk petrol RON95.

Tambahnya, jika enam pemain utama mengikut saranan ini dan mengamalkan prinsip persaingan yang baik melalui inovasi, meningkatkan kecekapan dan memberikan fokus pada perniagaan asas iaitu menjual minyak, mereka tentu boleh membantu mengurangkan harga.

Kata Saifuddin, beliau belum tahu apa reaksi mereka memandangkan ini kali pertama cadangan tersebut dilontarkan. Jadi beliau berharap syarikat minyak boleh memberi maklum balas segera. Beliau berkata demikian kepada media selepas Simposium Persaingan Setara dan Kos Sara Hidup bertemakan ‘Seiring dan Sejalan’ di Putrajaya, semalam.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Ketika ditanya sama ada syarikat terbabit mampu bersaing menurunkan harga minyak, beliau berkata, persaingan boleh berlaku kerana perniagaan ini berdasarkan permintaan dan jualan tinggi dan bukannya margin.

Jelasnya, jika berkenaan margin, mereka meminta kerajaan membuat semakan 12 tahun dulu, minta menaikkan margin pengusaha stesen minyak dan tahun lalu, kerajaan telah naikkan dari 12 sen untuk petrol kepada 15 sen dan tujuh sen untuk diesel kepada 10 sen.

Kerajaan sudah menunaikan tanggungjawab termasuk dari sudut pemberian subsidi, jadi apa pula langkah sepatutnya diambil syarikat minyak. Tambahnya lagi, kita boleh melihat perbezaan harga minyak setiap hari, sebagai contoh, jika harga di stesen minyak Shell RM2.06, di Petron pula mungkin berharga harga RM2.07 atau BHP RM2.04. Ini boleh berlaku jika inovasi dan kecekapan ditingkatkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply