ARKIB

KATEGORI

Buletin

KPDNHEP guna akta bendung jualan kerusi keselamatan kanak-kanak tidak mengikut piawaian secara dalam talian

Berita Tempatan

Views

Menjelang pelaksanaan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang diwajibkan bermula 1 Januari 2020, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menggunakan empat peruntukan dua akta bagi membendung penjualan kerusi tersebut yang tidak menepati piawaian daripada dijual secara berleluasa secara dalam talian.

Menurut Berita Harian, peruntukan berkenaan ialah Seksyen 10 (1) H Akta Perlindungan Pengguna (APP), Seksyen 21 Akta Perlindungan Pengguna, Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 dan Seksyen 18 Akta Perihal Dagangan 2011.

Seksyen 10 (1) H APP menyebut tiada sesiapa boleh membuat representasi palsu atau mengelirukan bahawa barang atau perkhidmatan itu mempunyai apa-apa tajaan, kelulusan, pengendorsan, ciri-ciri pencapaian, aksesori, kegunaan.

JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Seksyen 21 pula menyatakan tiada seorang pun boleh membekalkan, menawarkan atau mengiklankan untuk membekalkan, barang yang tidak selamat. Menteri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata KPDNHEP mempunyai akta sedia ada yang akan digunakan sepenuhnya untuk membanteras penjualan CRS yang tiada ciri-ciri keselamatan.

Kata beliau, pihaknya mengambil maklum laporan akhbar ini semalam yang mendedahkan kerusi keselamatan mudah alih terbabit boleh didapati pada harga serendah RM18 hingga RM39.90 seunit. Jelas beliau, waluabagaimanapun, tanggungjawab kerajaan hanya memberi nasihat dan menguatkuasa peraturan, selebihnya pengguna terutama ibu bapa perlu buat pilihan bijak serta mengutamakan aspek keselamatan.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Kembali Ke Sekolah bersama Econsave di Econsave Alma di Bukit Mertajam, bagi menyampaikan bantuan keperluan persekolahan kepada 150 murid daripada keluarga kurang berkemampuan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

BH baru-baru ini melaporkan lambakan CRS yang tidak menepati ciri piawaian keselamatan dijual secara berleluasa secara dalam talian, sekali gus mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya. Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan kerajaan mewajibkan penggunaan CRS di dalam kenderaan bermula 1 Januari 2020.

Langkah baharu itu susulan statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017. Berdasarkan spesifikasi diberikan penjual, kerusi keselamatan mudah alih boleh digunakan untuk bayi seawal usia enam bulan hingga kanak-kanak berusia tujuh tahun.

Mengulas garis panduan ditetapkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Saifuddin berkata, pihaknya tiada peruntukan perundangan khusus menerusi bidang kuasa kementerian bagi mengawal selia piawaian keselamatan penjualan produk CRS.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply