ARKIB

KATEGORI

Buletin

KPDNHEP Johor rampas 4,524 botol minyak pelincir tiruan

Berita Tempatan

Views

Kosmo Online melaporkan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Johor telah berjaya menggagalkan cubaan sebuah syarikat pembekal di Kawasan Perindustrian Selatan, Senai yang dikesan menjual minyak pelincir tiruan.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Sebanyak 4,524 botol minyak pelincir tiruan bernilai RM45,692.20 ini cuba dijual ke pasaran terbuka dengan harga lebih murah berbanding produk asal. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri Johor, Zubir Hamsa berkata, kejayaan itu adalah hasil risikan dan intipan selama seminggu selepas menerima laporan daripada pemilik cap dagang barangan terbabit.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat 377 kotak mengandungi 4,524 botol minyak pelincir 1 liter bernilai RM45,692.20 yang disyaki tiruan dan ia dipercayai dijual dengan harga lebih rendah kira-kira RM10 sebotol daripada produk asli yang dijual di pasaran.

Hasil keterangan yang diambil juga mendapati produk terbabit masih belum diedarkan kepada peruncit di pasaran. Botol serta label minyak pelincir tiruan ini sama seperti cap dagangan produk asal dan pihak KPDNHEP bersama-sama pemilik sahaja yang mengetahui perbezaannya. Kesemua barangan tersebut disita di bawah Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 untuk siasatan lanjut.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply