Shell terus memberi LEBIH ganjaran kepada para pelanggannya dengan melanjutkan kempen “Every Little Point Counts” dengan kolaborasi bersama BonusLink.
Kini dengan hanya 100 Mata BonusLink standard, pelanggan akan menerima baucar RM5 Shell pada bulan Mac dan April. Kempen ini bermula dari 1 Mac 2022 dan bakal berakhir pada 31 April 2022.
Setiap mata akan dikira bagi membolehkan pelanggan ‘mengejar’ koleksi Mata BonusLink dengan membeli keperluan perjalanan harian mereka di stesen Shell.
Pelanggan hanya perlu membeli bahan api atau diesel Shell, membeli makanan ringan di Shell Select atau dapatkan pastri di Deli2Go bersama-sama dengan minuman di Costa Coffee dan mereka akan menerima e-baucar RM5 melalui aplikasi BLINK apabila mereka mengumpul 100 Mata BonusLink standard dalam tempoh sebulan.
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
Pelanggan boleh mula mendapatkan mata dengan mendaftar untuk BonusLink di stesen Shell terdekat atau mendaftar dengan memuat turun aplikasi BLINK dari Apple App Store atau Google Play Store.
Pengguna kali pertama bakal menerima baucar Shell RM4 semasa mendaftar dan 100 mata tambahan apabila pelanggan meminta ‘site heroes‘ untuk kod rujukan. Untuk maklumat lanjut, layari pautan ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
KOMEN TERKINI