ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kumpulan Tan Chong lancar Program Vaksinasi COVID-19 untuk kakitangan

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini, Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH/ Kumpulan Tan Chong) menyertai usaha kerajaan dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan melancarkan Program Vaksinasi COVID-19 TC yang pertama buat kakitangannya di seluruh negara.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Dengan peningkatan jumlah dos vaksin COVID-19 harian di seluruh negara, Kumpulan Tan Chong memulakan penglibatan di bawah pelbagai program vaksinasi termasuk Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), iaitu program vaksinasi yang dilancarkan oleh MITI untuk pekerja-pekerja di sektor pembuatan.

Sehingga kini, 70 peratus daripada kakitangan Tan Chong di seluruh negara telah menerima sama ada dos pertama atau dos kedua dan juga mengesahkan slot janji temu. Program Vaksinasi COVID-19 TC ini akan memastikan seluruh kakitangan dan ahli keluarga mereka divaksinkan sepenuhnya sebagai langkah penting ke arah pembentukan imuniti kelompok serta pemulihan ekonomi negara.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Program ini akan dilancarkan mulai Ogos 2021 melalui klinik tempatan atau di premis Tan Chong. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Chong Motor Holdings Bhd., Encik Daniel Ho, pihaknya program vaksinasi ini dapat mencapai pemberian vaksin sepenuhnya kepada kalangan tenaga kerja menjelang akhir September serta memberi perlindungan dengan harapan mereka dapat kembali bekerja dengan selamat.

Tambahnya, usaha berterusan harus dilaksanakan untuk menjayakan sasaran imunisasi baharu yang ditetapkan oleh kerajaan agar semua orang dewasa di Malaysia divaksinkan sepenuhnya menjelang Oktober 2021. Meskipun pelbagai cabaran akan dihadapi, Kumpulan Tan Chong tetap akan berusaha untuk membina daya tahan dan mengatasi segala kesulitan dengan kerjasama daripada pihak berkepentingan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply