ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kutipan tol di lebuh raya milik Gamuda Berhad bakal dimansuhkan

Berita Tempatan

Views

Dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji di dalam manifesto pilihanraya lepas untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat, menurut terma perjanjian konsesi.

Langkah ini diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuh raya dan sebagai langkah pertama, Kerajaan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi lebuhraya di mana syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti.

Antara lebuh raya yang terlibat adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART. Sekiranya pengambilalihan tersebut berjaya, Kerajaan bercadang untuk menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 dikesan sekitar Ampang dan Jalan Kuching

Sebagai ganti kepada kutipan tol, ‘congestion charge’ (caj kesesakan) bakal diperkenalkan di mana pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan bayaran ‘congestion charge’ yang sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari.

Ini bermakna, kadar tol percuma akan diberikan pada waktu bukan puncak (off-peak) antara jam 11 malam hingga 5 pagi. Selain itu pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi
penggunaan waktu biasa.

Hasil kutipan ‘congestion charge’ ini akan digunakan untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya serta bayaran pinjamanLebihan kutipan pula akan disalurkan kepada satu dana pengangkutan awam, yang bakal digunakan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam seluruh negara. Lain-lain perincian berkenaan cadangan ini bakal di umumkan oleh Kementerian Kewangan pada masa yang sesuai.

JOM BACA >> INTIP: Kelibat unit ujian pertama Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • tujuan highway untuk menyuraikan trafik sambil mengurangkan kesesakan di atas jalan. patutnya jika berlaku kesesakan diskaun diberikan.

    walau bagaimanapun sebagai rakyat kita menyambut baik segala usaha kerajaan dalam meringankan beban rakyat

    sekian

Leave a Reply