ARKIB

KATEGORI

Buletin

Label pekerjaan penghantar makanan bermotosikal dan pemandu e-seru sebagai ‘tidak bermaruah’ – MeHDA gesa Dr. Mohd Yusof buat permohonan maaf

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media di laman Facebook rasminya, Persatuan Pemandu Perkhidmatan E-Hailing Malaysia (MeHDA) mengecam dan menggesa penganalisis ekonomi Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohd Yusof Saari membuat permohonan maaf susulan dari kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh dalam sesi dialog selepas pembentangan Belanjawan 2020 yang disiarkan pada 11 Oktober 2019 di TV3.

Dr. Mohd Yusof dilaporkan berkata, penghantar makanan bermotosikal dan pemandu e-seru merupakan pekerjaan yang tidak bermaruah ketika ditanya mengenai kemakmuran bersama di mana semakin ramai orang muda hari ini cenderung ke arah profesion itu.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Pemandu e-seru menghantar penumpang sebagai punca rezeki halal dan kebanyakan daripada mereka mempunyai pilihan kerjaya yang agak terhad disebabkan pelbagai keadaan yang tidak dijangka dan dirundung nasib yang malang.

Daripada terlibat dari aktiviti haram untuk meraih pendapatan, mereka memilih menjadi pemandu e-seru untuk mendapatkan kehidupan yang lebih berkat atau mencari wang saku melalui apa yang mereka ada iaitu kenderaan dan keupayaan untuk memandu!

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Tambah kenyataan itu lagi, apa yang gagal dilihat oleh Dr. Mohd Yusof adalah bukan semua orang di Malaysia bertuah seperti dirinya untuk mendapatkan pendidikan, memilik ijazah dan PhD dari University of Groningen di Belanda. Ia seolah-olah tidak mencerminkan tahap pemikiran dan kebijaksanaan beliau sebagai seorang intelektual.

Kenyataan Dr. Mohd Yusof benar-benar merendahkan, tidak mempedulikan sensitiviti dan amat mengguris hati para penghantar makanan bermotosikal dan pemandu e-seru secara amnya. Oleh itu beliau harus membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pemandu e-seru di seluruh Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply