ARKIB

KATEGORI

Foto Tiris

Lagi foto Honda Amaze generasi ketiga ‘tertiris’!

Foto Tiris

Views

Sekali lagi foto-foto model sedan segmen-A, Honda Amaze generasi ketiga (2025) yang bakal membuat debut globalnya di India pada 4 Disember nanti tertiris.

Kali ini, giliran portal Autocar India pula memuatnaik foto-foto Amaze 2025 berwarna Obsidian Blue Pearl ini yang telah pun tiba di salah satu pusat pengedar Honda di sana.

Amaze 2025 ini mempunyai banyak persamaan reka bentuk dengan model SUV, Elevate terutama sekali bahagian jeriji yang besar dengan kemasan berbentuk sarang lebah.

Jeriji tersebut diapit dengan sepasan lampu hadapan jenis LED yang lebih nipis, dan lampu siang (DRL) yang juga diinspirasikan dari model SUV tersebut.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Rekaan bampar hadapannya pula nampak agak ringkas, manakala lampu kabus jenis LED projektor diletakkan pada bahagian kiri dan kanan bucu bampar.

Profil badannya masih kelihatan sama seperti model semasa, dengan perubahan ketara pada bahagian depan dan juga belakang. Selain itu, cermin sisinya telah dialihkan ke bahagian pintu dan ia turut menerima rim aloi rekaan baharu.

Dari belakang, Amaze 2025 mirip model sedan segmen-B, iaitu City, terutama sekali pada bahagian pintu but, lampu dan juga bamparnya.

Rekaan kabinnya turut berkongsi beberapa komponen dengan Elevate, antaranya papan pemuka dengan skrin inforia jenis terapung, panel kawalan suhu, kelompok instrumen separa-digital dan stereng.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Namun, tombol gear, konsol tengah dan unit skrin sesentuh adalah komponen yang direka khusus untuk model model sedan kompak ini.

Amaze 2025 masih mengekalkan rangkaian kuasa yang sama, iaitu enjin petrol 1.2-liter empat silinder i-VTEC yang menjana output sebanyak 90 kuasa kuda dan 110 Nm daya kilas.

Enjin ini dipadankan dengan pilihan transmisi manual ataupun CVT. Honda juga dijangka bakal memperkenalkan Amaze 2025 dengan varian Gas asli termampat (CNG) pada masa akan datang.

Dari segi keselamatan, Amaze 2025 didatangkan dengan enam beg udara, ABS dengan EBD, bantuan mendaki, penderia parkir dengan kamera undur serta Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang merangkumi ciri seperti bantuan kekal lorong, kawalan jelajah adaptif dan brek kecemasan kendiri.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autocar India

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply