ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

Foto Intip

Views

Baru-baru ini kami telah menyiarkan artikel mengenai foto risalah Daihatsu Sirion Cross yang dikatakan sengaja ‘dibocorkan’ oleh seorang penasihat jualan di salah satu cawangan pengedarnya di sana. Kami sebenarnya baharu sahaja menerima beberapa lagi foto risalah berkenaan, dan kali ini ia dirakam dengan lebih jelas.

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?

Kali ini kita dapat melihat dengan lebih jelas rekaan luaran model gaya crossover itu dan penulis berpendapat ia mungkin menepati selera pembeli di Indonesia. Namun, rasa sangsi penulis tentang kesahihan risalah ini bertambah kuat setelah menelitinya. Ada komen di laman Facebook kami yang ber’mata tajam’ telah berjaya mengesan kelibat rim Toyota Raize pada model tersebut.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Kesangsian penulis semakin kuat lagi kerana baru-baru ini oleh PT Astra Daihatsu Motor telah melancarkan Sirion versi dikemaskini. Tidak logik jika mereka sengaja melengahkan pengenalan versi Cross ini, sedangkan ia boleh dilancarkan serentak sekiranya model tersebut telah pun siap sedia.

Sebenarnya penulis ada juga meminta bantuan Theophilus Chin untuk mengenal pasti kesahihan risalah tersebut, dan beliau juga merasa curiga dengannya. Jadi, terpulanglah kepada anda sama ada mempercayai atau pun tidak. Mungkin kita akan ketahui jawapannya dalam masa terdekat. Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply