ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lagi kes kanak-kanak terperangkap dalam kereta

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam sebuah kereta yang diparkir di kawasan perumahan di Tingkat Paya Terubong 4, Taman Terubong Indah, Air Itam di Georgetown tengah hari tadi.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Menurut Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Noor Zahidi Ahmad, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia setahun empat bulan terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Bezza milik bapanya.

Pihak Bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.50 tengah hari daripada ibu mangsa dan beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dikejarkan ke lokasi kejadian.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Tambah Mohamad Noor, ketika kejadian, ibu bapa mangsa berada di luar kereta dalam keadaan enjin masih dihidupkan. Anggota dibantu bapa mangsa kemudian memujuk kanak-kanak berkenaan untuk menekan butang tingkap kereta tersebut.

Kata beliau lagi, tidak lama selepas itu, mangsa menekan butang tingkap dan pihak Bomba berjaya menyelamatkannya. Operasi hanya mengambil masa 10 minit tanpa sebarang kerosakan pada kereta.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sinar Harian

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply