ARKIB

KATEGORI

Info

Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Info

Views

Semasa pelancaran Perodua Bezza 2020 sebentar tadi, apa yang menarik perhatian kami adalah beberapa slaid yang memaparkan lakaran awal model tersebut yang dipersembahkan oleh En. Zamuren, Ketua Pereka Perodua. Beberapa cadangan rekaan yang dilihat sangat menarik dihasilkan oleh para pereka tempatan.

Menurut Zamuren, reka bentuk wajah baharu Bezza 2020 berkonsepkan “Tangkas dan Canggih” dengan rekaan yang menarik dan segar dengan rekaan yang radikal, gaya dan ruang serta visual yang sporty namun ia masih mesra keluarga.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Reka bentuk depan Bezza 2020 tampil lebih bergaya dengan permainan elemen garisan yang tajam bagi menyerlahkan imej yang lebih premium. Rekaan lampu hadapan baharu jenis LED memberikan imej yang canggih dan dinamik serta menampakkan kekuda (stance) kereta yang lebih mantap.

Garisan dengan kemasan krom yang melintang berjaya menampakkan Bezza 2020 lebih lebar berbanding model terdahulu. Bentuk baharu bampar Bezza 2020 dengan gaya “X” menjadikan model ini nampak lebih stabil. Ia diserikan lagi dengan kehadiran rim aloi bersaiz 15 inci, rekaan 10 jejari dengan kemasan dwi-tona.



JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

Di bahagian belakang, Bezza 2020 menampilkan kemasan bercirikan premium serta rekaan bampar baharu yang menjadikan model ini kelihatan lebih lebar. Bampar baharu ini juga berjaya menjadikan rupa keseluruhan kereta ini lebih stabil dan berkesinambungan dengan rekaan hadapan.

Di bahagian kabin, pereka Perodua telah memperkenalkan beberapa kemasan baharu, seperti sarung fabrik dan kulit tempat duduk dan kemasan seperti jejalur berwarna perak yang melintang pada bahagian papan pemuka. Secara visualnya, papan pemuka Bezza 2020 lebih mewah dan ikonik.

Jadi, apa pendapat anda mengenai reka bentuk baharu Bezza 2020? Suka atau tidak? Kongsikan di ruangan komen di laman Facebook kami ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

Lakaran awal Bezza 2020

JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply