ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lakukan provokasi terhadap anggota polis – Empat sekawan dihukum buat kerja sosial dua bulan

Berita Tempatan

Views

Majistret di Georgetown semalam telah menjatuhi hukuman kerja sosial selama dua bulan kepada empat sekawan selepas mengaku bersalah melakukan provokasi terhadap anggota polis di Tanjung Tokong, dua minggu lalu.

Majistret R Manomani menjatuhkan hukuman itu terhadap Shahrizal Anuar, 38; Mohd Hafiz Nasri Shah, 28; Mohd Safwan Akbar, 29, dan Mohd Danial Al Arabia Mohd Rafi, 24, serta mengarahkan hukuman itu dilakukan selama tiga jam setiap hari.

Terdahulu, semua tertuduh mengaku sanggup mencuci dan mengecat masjid, membersihkan tanah perkuburan serta rumah anak yatim di kawasan kejiranan masing-masing ketika ditanya Manomani. Namun, kerja sosial itu kata Manomani akan ditentukan oleh pegawai parol semua tertuduh.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Katanya, jika tertuduh gagal melakukan kerja sosial seperti diarahkan, mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap dan hukuman akan digantikan dengan penjara atau denda atau kedua-duanya. Jumaat lalu, Shahrizal dan Safwan mengaku bersalah menghalang penjawat awam melakukan tugas mereka di persimpangan Tanjung Tokong, pada jam 5.40 petang pada 17 Januari.

Sementara Hafiz dan Danial mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan. Bagaimanapun ketika prosiding ditetapkan untuk sebutan semula kes mereka semalam, Hafiz dan Danial menukar pengakuan kepada bersalah.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Sebelum itu, semua tertuduh dalam rayuan mereka menerusi peguam Nur Najihah Ahmad Zulkarnain, memohon maaf dan kesal atas perbuatan itu.

Tertuduh pertama juga sudah memuat naik permohonan maaf kepada polis di akaun media sosialnya atas kejadian yang berlaku dan katanya insiden itu berlaku akibat salah faham. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dikenakan hukuman berbentuk pencegahan sebagai pengajaran kepada mereka dan masyarakat.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Sementara itu, di mahkamah sama, keempat-empat tertuduh bersama Azizul Mohamad, 45; Mohd Idris Ayob, 25, dan Danish Ikmal Mohd Syafiq Samugam, 20, didenda RM700 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lokasi dan waktu sama.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara tiga minggu sekiranya gagal membayar denda. Mereka didakwa mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021.

Sebelum ini, tular gambar dan video di media sosial mengenai dua lelaki parah akibat terjatuh daripada motosikal selepas didakwa ditendang dua anggota polis. Menerusi video itu, orang ramai yang tidak berpuas hati bertindak melakukan provokasi terhadap anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang dikatakan menendang motosikal mangsa.

Namun, hasil laporan polis oleh pemandu kereta, mendapati dua lelaki berkenaan tidak memakai topi keledar ketika melarikan diri daripada polis dan melanggar lampu isyarat merah sebelum terbabit dalam kemalangan dengan kenderaannya. Seorang daripada penunggang motosikal berkenaan juga mengaku mereka tidak ditendang pihak polis dalam kejadian itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply