ARKIB

KATEGORI

Buletin

Laluan ECRL diubah, kembali guna jajaran asal

Berita Tempatan

Views

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan ditambah baik dan dijajarkan semula ke laluan asalnya, iaitu Jajaran Utara dengan kos anggaran pembinaan sebanyak RM50 bilion.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Menurut Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata jajaran baharu yang dikenali sebagai ECRL 3.0 itu dilaksanakan setelah mengambil kira hasil perbincangan dan permuafakatan dengan pihak berkepentingan yang terbabit dengan projek ECRL seperti kerajaan negeri, agensi kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pemain industri.

Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) membuat keputusan untuk mengubah semula jajaran Seksyen C ECRL ke Jajaran Asal yang dicadangkan pada 2016-2017. Jajaran asal Seksyen C ini, yang juga dikenali sebagai Jajaran Utara, akan membabitkan laluan ECRL dari Mentakab ke Pelabuhan Klang melalui Bentong, Gombak dan Serendah berbanding Jajaran Selatan yang melalui Negeri Sembilan.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Katanya, MOT sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan bagi menyelia pelaksanaan projek ECRL mendapati Jajaran Utara akan meningkatkan kebolehmampuan projek ECRL dan seterusnya memberi lebih manfaat kepada ekonomi, alam sekitar, dan sosial.

Ka Siong berkata, jajaran Seksyen C ECRL 3.0 dianggarkan merangkumi 201 kilometer termasuk 32.4 kilometer jajaran sisihan berbanding jajaran sebelum ini 185.5 kilometer (termasuk 41.5 kilometer jajaran sisihan). Tambah beliau lagi, ia menjadikan keseluruhan jajaran dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang dengan perubahan terkini adalah sepanjang 665 kilometer.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wee Ka Siong

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply