ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Laman Hijau’ Perodua dirasmikan

Berita Tempatan

Views

Perodua telah membuktikan komitmennya terhadap operasi hijau, mesra alam dan mampan dengan pelancaran Laman Hijau baru-baru ini. Terletak di kampus ibu pejabat dan pengeluaran Perodua di Sungai Choh, Laman Hijau merupakan kawasan rekreasi terbuka untuk kakitangannya yang dihiasi dengan tumbuhan hijau serta air pancut yang dikuasakan dengan tenaga elektrik suria.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, inisiatif hijau ini termasuk pemasangan panel suria di atas bumbung kilang pengeluaran dan panel suria akan turut dipasang di kebanyakan bangunan di kampus ini. Kemudahan bilik loker kakitangan baharu, Lemari, juga menggunakan dinding hijau untuk penebatan semulajadi.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Kampus 400 ekar (162 hektar) Perodua terdiri daripada bangunan korporat, fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D), dua kilang pengeluaran kenderaan, pusat alat ganti, pusat latihan dan pusat jagaan kanak-kanak.

Inisiatif hijau Perodua tidak berakhir setakat itu sahaja kerana mereka juga mengumpul dan mengguna semula sumber semulajadi lain seperti air hujan dan air atmosfera, di samping melanjutkan usaha untuk mengurangkan pembaziran, melindungi bumi dan meningkatkan kecekapan operasi.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Inisiatif ini bermula pada Jun 2017 dengan pengumuman Taman ECO yang bakal dilancarkan bulan hadapan. Taman seluas 1,500 meter persegi ini menggunakan bahan kitar semula dalam pembinaannya, tenaga suria serta pelbagai tumbuh-tumbuhan.

Selain daripada kemampanan alam sekitar, inisiatif hijau Perodua juga termasuk penambahbaikan yang berterusan terhadap keselamatan dan operasi untuk memastikan pergerakan yang lancar dalam lingkungan Kumpulan Syarikat Perodua.

Perodua merupakan pengeluar Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) No 1 di Malaysia. Setakat ini, ia telah menghasilkan dan menjual lebih 650,000 EEV, termasuk Axia, Bezza, Myvi generasi ketiga serta SUV tujuh-tempat duduk, Aruz.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply