ARKIB

KATEGORI

Buletin

Laman sesawang Volkswagen eShowroom tampil dengan ciri baharu

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mempertingkatkan eShowroom untuk memberi lebih kemudahan kepada mereka yang ingin membeli sebuah Volkswagen.

Menerusi laman sesawang yang telah ditambah baik itu, pelanggan kini mempunyai akses ke atas unit-unit yang ada untuk dijual di pengedar-pengedar sah Volkswagen di seluruh negara pada masa sebenar.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Berdasarkan seperti konsep ‘siapa cepat dia dapat’, hanya model yang ada di pengedar sahaja akan dipamerkan. Pelanggan boleh melayari laman web berkenaan untuk mencari apakah model yang ada sekarang dan lokasinya.

Kemudian boleh memilih sama ada untuk mendapatkan slot pandu uji atau membuat tempahan secara dalam talian dengan yuran standard RM1,500. Mereka kemudian akan dihubungi oleh pengedar yang dimahukan untuk langkah-langkah seterusnya dan melengkapkan pembelian.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia selama dua bulan, pelanggan yang membuat tempahan menerusi eShowroom akan menerima rebat eksklusif sebanyak RM500 atas pembelian mereka.

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, pihaknya sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan pengalaman pemilikan para pelanggan bermula dari saat pembelian lagi.

Tambah beliau, mereka kini berbesar hati untuk memperkenalkan ciri kebolehdapatan pada masa sebenar. Ia akan memberi kemudahan dan memastikan perjalanan pemilikan yang lebih lancar buat pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply