ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Laman sesawang Volkswagen Malaysia muat naik foto dan info Tiguan baharu

Views

Adakah ini petanda pelancaran Volkswagen Tiguan bakal dibuat dalam masa terdekat? Laman sesawang rasmi Volkswagen Malaysia telah mula memuatnaik naik laman mikro mengenai model tersebut dan memaparkan beberapa keping foto rasmi. Laman mikro itu juga memaparkan beberapa ciri ciri menarik mengenai model tersebut termasuklah penjana kuasa dengan teknologi TSI yang digandingkan bersama transmisi enam-kelajuan DSG, bantuan parkir, kawalan iklim tiga-zon, lampu nyalaan siang LED (DRL), paparan info aktif, selain waranti lima tahun, jadual servis berkala setiap 15,000km dan lima tahun bantuan kerosakan.

Dalam artikel sebelum ini kami telah berjaya menemui unit pandu uji Volkswagen Tiguan baharu tanpa sebarang tampalan pelekat penyamaran di Jalan Teluk Sisek menuju ke Teluk Cempedak. Kami akan cuba mendapatkan maklumat terkini mengenai tarikh pelancaran rasmi model ini, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

13a-cutout-design-h 2017-volkswagen-tiguan-19-1920x1080 kingston tiguan-interior-cockpit-comfortline-crop tn0889-print-a5 tn0890 tn0893

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply