ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lamborghini tayang video acah Urus terbaharu

Views
Pioneering perfection: From the Lamborghini LM 002 to Urus.

Jika sebelum ini beberapa siri video acah awal Lamborghini masih menyorokkan rupa sebenar Urus, dalam video terbaharu ini mereka telah mula membuka sedikit demi-sedikit SUV tersebut sebelum memperkenalkannya secara rasmi pada 4 Disember 2017. Kita dapat melihat beberapa perincian dalam rekabentuk Urus, yang paling menarik perhatian adalah corak lampu belakang, dengan tulisan Lamborghini berada di antara kedua-dua belah lampu yang mirip model supercar Asterion.

Lamborghini Urus mempunyai corong kemasukan udara yang besar di bahagian depan, untuk memastikan enjin 4.0-liter dwi-turbo V8nya sentiasa sejuk. Selain itu lampu depannya pula menampilkan lampu nyalaan siang LED (DRL), spoiler pada bahagian bumbung untuk meningkatkan downforce, sempat paip ekzos dan unsur serat karbon.

Urus dikatakan mampu memecut dari 0 hingga 100km/j hanya dalam masa 3.7 saat atau 3.35 saat semasa diuji, dan ia mampu mencecah kelajuan tertinggi 302km/j. Kalau nak lihat model sepenuhnya kena tunggu minggu depan la ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply