ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lamborghini terbakar – Polis syak angkara perbuatan khianat

Berita Tempatan

Views

Beberapa hari lalu kami menyiarkan berita mengenai sebuah supercar mewah jenama Lamborghini bernilai kira-kira RM2 juta terbakar di ruang parkir tingkat satu Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

Berita Harian melaporkan, punca kejadian tersebut dipercayai akibat perbuatan khianat.  Menurut sumber, siasatan awal polis menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati, dua lelaki menaiki sebuah motosikal mencurah cecair dipercayai petrol ke kenderaan terbabit.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Kata sumber itu, dua lelaki memakai topi keledar dan topeng muka mencurah cecair daripada satu botol di bonet hadapan kenderaan terbabit lalu membakarnya. Tambahnya, pasukan forensik polis dan bomba yang menjalankan siasatan menemui satu botol air mineral kecil berisi baki cecair disyaki petrol serta sekotak mancis berhampiran lokasi kenderaan itu terbakar.

Kata sumber itu lagi, semakan mendapati kereta mewah berwarna kuning itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat swasta berpangkalan di Langkawi milik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. Pemilik kenderaan dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM1 juta akibat kejadian itu.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada perbuatan khianat dan siasatan sedang dijalankan.

Terdahulu, BH melaporkan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur yang menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 2.40 pagi menghantar dua jentera (FRT) serta sebuah Emergency Medical Rescue Service (EMRS) ke lokasi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rozi Jusoh, berkata seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Tun Razak menjalankan kerja pemadaman api. Bomba mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan kebakaran dan kemusnahan membabitkan 40 peratus di bahagian depan kenderaan mewah itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply